SIMPAN WANG

Berapa banyak wang yang patut kita simpan

Beberapa hari lepas, laporan bulletin utama TV3 menyebutkan Petronas mengumumkan akan menggunakan 30% daripada keuntungannya untuk digunakan sebagai pelaburan. Sebenarnya kenyataan inilah yang menarik minat saya untuk menulis tajuk ni.

Demi meneruskan kelansungan dan survival masa hadapan, syarikat gergasi ini sanggup membelanjakan jumlah sebegitu banyak untuk pelaburan. Sebenarnya kita juga perlu mencontohi apa yang mereka ini lakukan. Rata-rata pakar kewangan yang telah saya baca buku mereka juga turut bersetuju bahawa setiap individu perlu menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan mereka setiap bulan untuk kegunaan masa hadalan.

Persoalannya adakah kita mampu untuk berbuat demikian. Demi untuk survival masa hadapan, menghadapi waktu kecemasan dan menghadapi inflasi; adakah kita sudah mempunyai sumber simpanan yang cukup untuk semua ini. Adakah duit yang kita simpan cukup untuk kegunaan anak dan isteri jika sesuatu musibah menimpa bapa mereka yang menjadi sumber mata pencarian utama?

Katakanlah seorang eksekutif mendapat pendapatan bulanan sebanyak RM 3000 sebulan. Bermakna 10% daripada gajinya adalah RM 300. Banuak juga kan…..

Jadi apakah langkah yang perlu kita lakukan? Pertama disiplinkan diri dan tetapkan matlamat. Langkah kedua, ketepikan jumlah yang perlu disimpan setiap bulan itu pada awal bulan sebelum perbelanjaan lain mengambil alih.

Kemudian timbul pula persoalan hendak simpan dimana? Ada banyak pilihan yang ada bagi kita sebenarnya. Contohnya akaun simpanan semasa, simpanan tetap, ASB, unit trust, dan lain lain lagi. Bagaimana nak memilih tempat simpanan ini akan saya ceritakan kemudian. Dapatkanlah seberapa banyak maklumat yang boleh dahulu mengenai tempat simpanan ini agar anda dapat mengenalpasti dan dan memiliah tempat yang bersesuaian untuk anda menyimpan.

Tetapi ingat! Jangan sesekali melabur atau meletakkan kepercayaan pada skim-skim cepat kaya yang kini pula sudah banyak berlindung di sebalik barangan MLM! Nanti wang  titik peluh anda senang-sengan beralih ke poket orang lain.

INFO: Tahukah anda kini anda sudah boleh melabur di Unit Trust dengan menggunakan wang yang ada di dalam akaun 1 KWSP? Perkirannya adalah jumlah pelaburan adalah 20% daripada lebihan simpanan asas yang telah ditetapkan oleh KWSP. Untuk keterangan lanjut bolehlah hubungi saya.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: