PETUA-PETUA KAMPUNG YANG AMAT BAGUS!

PETUA-PETUA KAMPUNG YANG AMAT BAGUS!
CARA  UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang  dari apa yang kita ambil,
tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar  ‘muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini
menyebabkan kadar  metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada
kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun  tahap pengambilan
makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi  metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar  kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah  kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa  pahit
dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim  dan asid HCL. Kekurangan
enzim dan asid HCL di dalam perut boleh  menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR  SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan  membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan  makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti
anda tidak akan makan  dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya  mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan  tubuh.

5. KURANGKAN  PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan  penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam
bermakna badan anda  menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan  air.

6. AMBIL SARAPAN  PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan  sarapan pagi. Menurut satu kajian,
mereka yang tidak mengambil sarapan  pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka
yang  mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan  paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar  kalori.

7. MAKANLAH  DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan  dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara
perlahan-lahan, tubuh  akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH  KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum  menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah
dihadam.

9.    Biar makan kerap dengan  kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi  dengan
kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek  atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-
gula getah.  Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11.  Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti
ais anda.

12. Apabila makan di  restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana  minuman
masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang  gula.

13. Buah-buahan dan  sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral  dan serat dan
kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap  hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika
anda minum banyak, dan waktu itu  anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus  asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah  rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan  lada hitam
bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan  pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih  Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah  sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat
kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari  makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan
dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan  yang memerlukan anda
makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan  boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa  lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda
boleh membuat  atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga  boleh
membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet  anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat  catatan.

18. Tumpukan perhatian  untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih  berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka  menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.  Tukarlah fikiran anda
untuk memikirkan dan memilih  makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk  mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus
memanggang atau  mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit
minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak  haiwan.

20. Ketika memilih piring  makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil  sayuran
dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir,  lauk dagingnya. Jika ingin
tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil.  Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa  lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak
makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk  turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan
membantu  menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda  berjalan satu
kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga.  Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan
santai kerana perut anda baru  saja terisi.

22. Khusus bagi kaum  wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan  memasak.
Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah  perbelanjaan sesuai dengan
keperluan. Jika ingin membeli makanan,  kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda  kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23.  Untuk mengempiskan perut ,  gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan
dapat  dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin  boleh disamakan
dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang  memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana  setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk  langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang  cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii.     Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik  tangga untuk beberapa tingkat,
kemudian sambunglah denagan menaiki  lif
iii.   Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju  dengan nafas yang dalam
iv.   Bersenam atau peregangan, sangat baik  bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan
otot dapat  melancarkan peredaran darah
v.   Tunggang basikal dan kayuh  perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik
dan  merampingkan peha.

PETUA  UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang  Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara  untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang  berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan
berat badan anda.
Caranya:  Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu  perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam  peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas  anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman  ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur  turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk  teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan
limau  nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan  sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam  jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam
jawa akan  mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam  jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda  jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap  hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan  langsing.

29. Nak Turunkan Berat  Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh  Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas  Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi  gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
Ambil 5 halia bara ( Halia  Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga  lumat.
Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu  pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan  buncit

Bagi lelaki yang mengalami masalah  perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan  sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur  dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur  biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang  murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa  gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan  insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang  yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje,  ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat  perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih  menarik.

PETUA  KECANTIKAN WAJAH

34. Menghilangkan Parut  Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu  dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan  jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap  wanita.

35. Menghilangkan Tahi  Lalat
Asalammualaikum, Caranya ialah  ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya  tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri.  Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang  mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!

36. Bibir Merah  Semulajadi
Petua ini saya amalkan sejak 11  tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin  pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

37. Melebatkan Bulu Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening  yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan  cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan  dikening pada setiap malam.

38.   Licin  Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu  pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit  hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang  setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin,  berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

39. Naikkan Seri Wajah/Muka
Setiap kali sebelum anda ingin  mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air  kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu  dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh  muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur  hilang. Amalkanlah selalu…..

40. Mengelak Daripada Lebam di Bawah  Mata
Semasa kita menyapu krim atau  foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna  jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

41. Menghilangkan Lebam Bawah  Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata  anda dengan air sejuk dari peti sejuk.. cuba lah..ianya juga baik untuk  menyegarkan mata.

42. Melicinkan Wajah
Ambil buah  tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi  licin dan halus. selamat mencuba.

43. Memerahkan Bibir Yang Hitam
Bibir yang hitam boleh kembali  bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya  yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu  dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

44.  Menghilangkan Lebam di  Bibir
Untuk menghilangkan atau  mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk  lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda  setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk  melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap  malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.

45. Memerahkan Bibir
Saya ada  masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang  dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir  saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil  masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini  dapat membantu saya sekian,terima kasih

46.  Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan  Bulu Kening
Caranya mudah saja…ambil sebiji  buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi  yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan  bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada  kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan  berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa  saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

47. Naikkan Seri Wajah dan Otak  Bijak
1.   Seri Wajah: Ambil  sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan  pada
tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
2.    Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum  pada setiap pagi
insyaallah mujarab.

48.  Mencantikkan Kulit  Muka
Untuk jadikan kulit muka yang  cantik, mestilah rajin mencuci.
1.   Sapu muka dengan telur  -merah/putih biar hingga kering
2.   Cuci muka dengan air suam dan  sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn
tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak  ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang  kendur.

49. Menyerikan Wajah
Ambil,embun pagi dihujung  rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak  tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga  kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

50. Menghilangkan Hitam di Muka dan  Jerawat
Ambil kayu manis dan dicelup di  dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis  yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah  jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang…tapi kena rajin  mengamalkannya. ..Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

51. Petua Awet Muda
Bangun  pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @  gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap  pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah  kesannya kerana saya telah mencubanya.

52.  Muka Berseri
Bangun pagi, sebelum air menyentuh  mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula  dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali.  Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan  dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan  tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

53.  Sentiasa Muda
Ramai wanita yang ingin nampakmuda  walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila  bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan  selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda

54. Nampak Muda
Untuk  kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah  selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita.  Dan anda juga digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang  menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu sedekah. Selamat  mencuba.

55. Sentiasa Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda  daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang  sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff,  kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan  kelihatan muda daripada umur sebenar anda. Itu je terima kasih.

56. Kulit Sentiasa Tegang
Basuh muka dengan air. Ambil  sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan  letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih  telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering  Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka  nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan  kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah  anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.

57. Muda Jelita Sentiasa
Setiap wanita amat mementingkan  kecantikan dan kesihatan diri. Amalan memakan Ulam-Ulam yang segar dan  Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan  kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar. Ulam – ulaman yang saya maksudkan  ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda  akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan  dalaman anda. Selamat mencuba petua ini.

58.  Wajah Jelita
Semasa berdandan diwaktu pagi baca  selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati  supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini  berkesan dan sampaikan kepada orang lain

59.  Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan  Kening
Ingin kelihatan cantik , Gunakan  Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda.  Insyallah… …lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil  terbaik.

60. Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang  diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama  bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi  putih dan jerawat pun hilang.

61. Menghaluskan Kulit Muka
Petua ini diberikan oleh guru saya  iaitu En. Alias Hamdan. Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda  dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu. Kemudian ada lumurkanlah pada  muka anda.


PETUA  DAN KESIHATAN JANGKA PANJANG

Menurunkan  Darah Tinggi
62. Minumlah air rebusan pokok  Hempedu Bumi Pokok Cerita.
63. Minumlah air rebusan daun Pokok  Ati-ati.
64. Makanlah biji buah Peria.
65. Makanlah pucuk Pokok Pala  sebagai ulam.
66. Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
67. Minum air  rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama  nisbahnya.
68. Rebus daun pandan wangi  secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas   sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
69. Makanlah 3 ulas  bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
70. Parutkan kunyit sebesar ibu  jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan  petang.

71. Juga Untuk Menurunkan Darah  Tinggi
Ambil segenggam daun kucai, basuh  bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu  yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur  dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan kedalam bekas mangkuk  atau cawan, selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum  atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat  3  kali. Amalkan selama tiga hari, selepas itu jumpalah doktor untuk buat  pengesahan. Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.

72. Menghilangkan Kencing Manis
Hari ini ramai dikalangan kita  menghadapi masalah kencing manis tidak kira tua atau muda, lebih-lebih lagi  dengan pemakanan kita pada hari ini yang semuanya manis-manis belaka. Jadi  petua yang saya dapat ini agar dapat kita kongsi bersama-sama. Caranya mudah  sahaja, iaitu dapatkan ubi kentang biasa rebus ( tanpa garam atau bakar  menggunakan ( Oven ) apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan (  sebelum tidur atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi ). Rahsianya  tentang ubi kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin  berlebihan yang ada didalam badan. Contohnya apabila masakan seperti kari anda  terlalu masin, lalu ubi kentang dimasukkan kedalam kari tadi dan hasilnya  segala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut, Dan kalau boleh  petua ini amalkan selama dua atau tiga minggu anda akan dapat perbezaan  sekirannya anda menghadap! i penyakit kencing manis dan orang yang sihat pun  boleh mencuba sebagai pencegahan awal.

73.  Mengurangkan dan Menghilangkan Sakit  Gastrik
Jika anda kerap mengalami masalah  gastrik ( pasti anda tidak mengambil makanan mengikut jadual), amalkan makan  tepat pada masanya, contoh : jika makan tengahari anda pukul 12.00, begitu  juga hendaknya pada hari-hari berikutnya tanpa berlengah. Lama-kelamaan. ..  insyallah gastrik akan hilang… ia daripada pengalaman saya sendiri…kini  gastrik tiada lagi!

74. Tajamkan Penglihatan
Amalkan hidup anda dengan meminum  air suam setiap hari, mandi pada waktu subuh iaitu sewaktu bangun tidur dengan  siramkan air dari hujung kaki hingga kepala. Makanlah buah-buahan seperti  epal, anggur dan lobak putih serta banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan  serba hijau seperti pokok, dan selalu menghadap ke kiblat.

75. Melawaskan Kencing
Untuk melawaskan kencing, ambil  beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong bersama akarnya,  direbus sekali. Selepas air itu menjadi suam, amalkan meminum ayer itu.  InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang,  ia akan memecahkan batu karang tersebut. Sekiranya tidak ada penyakit, ia  mencegah dari mendapat penyakit batu karang.

76.  Menurunkan Darah  Tinggi
Untuk cepat menurunkan darah  tinggi ketika diserang darah tinggi. Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon  pada Allah. Kedua ambil beberapa ulas bawang putih, mesin jadikan jus dan  ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali  sehari, Insyaallah dengan izin Allah, selamat mencuba.

77. Menghilangkan Sakit Kencing  Manis
Jika ada mengalami sakit kencing  manis, sila ambil beberapa helai daun jarak rebus sehingga mendidih dan  bersanguhlah/ bertengkumus ( bertengkumus maksudnya berselubung ) selama  setengah jam, sehingga badan berpeluh pada setiap pagi iaitu sebelum matahari  terbit. ( Semasa bersanguh / bertengkumus atau berselubung mestilah tanpa  memakai baju). Dan amalkanlah selama satu bulan.

Advertisements

RAHSIA DI SEBALIK DEMAM

RAHSIA DI SEBALIK DEMAM

Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah
hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

Hakikat Demam.

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :

“Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

“Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Muslim)

Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah
telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah
menzahirkan berbagai jenis
kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam
dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa panasnya api neraka. Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi dengan
mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan api neraka sedari
mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.

Adapun maksud “mendinginkannya dengan air” itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang
paling afdhal itu ialah memberi minum air.

Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam.

Memang tidak dinafikan bahawa ada setengah orang mengeluh kerana demam atau mengerang kerana kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama?

Sebenarnya kita tidak dilarang untuk mengadu atau mengeluhkan kesakitan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh
dan mengadukannya kepada orang lain sesama manusia. Nabi Shallallahu alaihi wasallam sendiri, para sahabat
dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka.
Diriwayatkan bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah
Subhanahu Wa Taala dengan berkata yang ertinya :

Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada (yang lain) yang mengasihani.

Adapun yang dimaksudkan dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan
penyakit itu. Akan tetapi jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya kepada
kawan-kawannya supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka dalam hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika seseorang itu mengeluh
kerana sakit, tetapi keluhannya itu boleh mendatangkan kerehatan kepadanya atau boleh meredakan
kesakitannya, maka tidaklah juga menjadi apa-apa.

Al-Quran ada menceritakan tentang kesabaran Nabi Ayyub Alaihissalam dalam menempuhi segala penderitaan. Di antara penderitaan yang Nabi Ayyub alami
ialah berpenyakit gatal. Penyakit gatal ini sangat dahsyat. Apabila digaru dengan kuku, maka kuku baginda akan tanggal, tetapi masih juga bertambah
gatal. Kemudian baginda terpaksa menggarunya dengan barang yang kesat. Tidak cukup dengan itu, baginda menggaru badannya dengan pecahan periuk dan
akhirnya dengan batu. Namun masih juga merasa gatal. Sehingga dengan tidak disedarinya dagingnya telah luka dan koyak. Maka keluar dari tubuh baginda
yang luka itu, nanah yang baunya sangat busuk. Orang ramai yang tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka keluarkan Nabi
Ayyub dari negeri tempat tinggalnya ke tempat terpencil. Semua orang
memencilkannya kecuali isterinya yang merawatnya.

Nabi Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang menimpanya, bahkan dia bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yang dilakukannya hanyalah bermohon
kepada Allah agar mengasihaninya. Cubalah kita perhatikan permohonan Nabi Ayyub yang disebutkan di dalam Al-Quran :

Tafsirnya : “Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja
yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani” . (Surah Al-Anbiya¡¦: 83)

Jika kita perhatikan kalimat-kalimat yang disebut oleh Nabi Ayyub Alaihissalam dalam ayat ini, alangkah halusnya budi bahasa baginda dalam rayuannya
kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Baginda menyebut “aku disentuh” dan tidak menyebut perkataan “aku ditimpa”. Di sini menggambarkan bahawa celaka itu
sendiri yang datang menyentuh dirinya. Nabi Ayyub tidak menyebut juga “atas kehendakMu”, kerana kesopanannya yang sangat tinggi terhadap Allah
Subhanahu Wa Taala. Selepas itu, rayuan baginda disudahi dengan kata-kata yang halus juga iaitu: “Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani
daripada segala yang mengasihani” .

Pada suku kata pertama, Nabi Ayyub mengadukan perasaannya yang dapat menimbulkan rasa kasihan dan pada suku kata kedua disebutkannya sifat Allah yang
lebih pengasih daripada sesiapa jua pun yang pengasih. Hanya inilah permohonan Nabi Ayyub kepada
Allah. Dia tidak merungut dan mengeluh, apatah lagi menyesali apa yang telah berlaku. Dia cuma memohon belas kasihan daripada Allah Subhanahu Wa
Taala.

Inilah satu kisah yang patut kita ambil iktibar, pengajaran dan contoh tauladan daripadanya. Walaupun Nabi Ayyub telah ditimpa penyakit, harta
bendanya punah-ranah, anak-anaknya ditimpa malang dan mati semuanya, tetapi berkat sabarnya dan imannya, Allah Subhanahu Wa Taala telah mengabulkan
doa dan rayuannya, lalu dia pun sembuh seperti sediakala dan berkembanglah keturunannya serta dikurniakan harta benda yang melimpah ruah.

Mencaci-maki Demam.

Selaku seorang muslim yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila ditimpa demam. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar
semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi
Shallallahu alaihi wasallam. Ini bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu anhu yang maksudnya :

“Bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda:

“Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?

Dia menjawab: “Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya”.

Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana
landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi”.

(Hadith Riwayat Muslim)

Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar
menempuhinya. .

Demam Penebus Dosa.

Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.

Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya,
kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.

Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.

“Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari
angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.

Amin, ya Rabbal A’lamin.”

Kanser & Minda

Posted: 05 May 2008 01:02 AM CDT

Jejak benar Ku….

Sudah lebih satu dekad aku melaluinya. Apa kata pakar? “The first five years is the most crucial period. If you survived more than five years, then you are as good as cured.” Siapa lah aku? Pada ku bila seorang doktor berhujah, hanya Allah, s.w.t boleh mencabarnya. Lagi pula doktor pakar yang berhujah.

Lima tahun aku seorang yang gigih menjaga badan. Badan langsing bergaya hasil dari kekerapan bersenam. Alhamdullilah, ramai pesakit kanser payu-dara yang lain dipulihkan semangat kerana melihat keterampilan ku.

Bila sudah melewati lima tahun, ubat tamoxifen yang haram aku tinggalkan satu hari pun perlu diberhentikan kerana takut akan risiko kanser peranakan. Tiada ubat lain diberikan. Kanser-ku ER dan PR positif. Sebenarnya sudah ada ubat yang masuk ke pasaran tempatan dan hospital, yang memainkan peranan yang lebih baik, menyekat tindakan estrogen ke atas payudara. Aromatase inhibitors. Walaupun tiada ubat penghalang estrogen, lima tahun lagi berlalu dan aku tetap sihat. Masih tiada ancaman kanser yang dahulu. Agaknya sudah sembuh. Lagi pula kanser-ku jenis yang tidak begitu agresif. Rasa-rasanyalah, gred I dari segi keganasan dan noda limfa dibawah ketiak tiada yang positif.

Cuma yang mencurigakan ianya dekat dengan garisan pembedahan mastektomi (close to margin or less than 10mm from margin). Walaupun begitu sudah diberi sinar radiasi. Tentu sekali mesin rawatan yang kosnya mahal tak tersebut harganya oleh ku, berkesan menghapuskan sel-sel kanser yang tertinggal oleh pembedahan. Di tambah pula dengan enam pusingan kemoterapi yang mengajar erti loya dan mual yang sebenar.

Genap sepuluh tahun berlalu, ketulan kanser tumbuh didinding dada. Apa yang salah? Mungkin juga aku alpa dengan rutin gaya hidup sihat dan asyik bekerja tanpa sedar yang fizikal agak terabai. Badan juga sudah over-berisi. Tiada guna penyesalan. Sikap ku tetap positif dan melihat ke depan. Aku masih menganggap saranan dari pakar bertaraf kebenaran yang jitu. Aku lalui radiasi lagi ke tempat ketulan kanser yang berulang, yang sudah dibuang melalui pembedahan.

Tiga bulan berikutnya, sewaktu temujanji susulan, didapati dari pemeriksaan X-ray, sebelah dari paru-paru ku hampir lenyap ditenggelami oleh air. Plural effusion. Memang aku seorang yang kental semangat. Sudah teruk macam tu, aku masih dapat melalui hari-hari bekerja seperti biasa. Kalau tidak kerana pemeriksaan susulan hari itu, tentu terlewat dikesan. Paru-paru disebelah tempat diradiasikan. Terfikir akan perkaitan: radiasi melemahkan tisu dan benih kanser hidup subur! Benar

Dari hari itu aku rajin ikut nasihat rakan dan survivor lain tentang pengamalan pemakanan dan herbal anti-kanser. Juga rajin berubat secara tradisional. Pantang disebut cara rawatan dan perawatnya, akan ku usahakan. Rawatan konvensional juga ku ambil. Oleh kerana kemoterapi terdahulu adalah kategori ‘first line’, aku terima saja tawaran kemoterapi ‘second line.’

Memang kuat, tapi semangat ku yang tidak luntur melindungi ku dari kesan-kesan sampingan yang kuat. Hasil dari kemo yang kuat hanyalah menahan penaklukan kanser ke atas badanku. Ya, setakat bertahan. Pleural effusion masih terjadi dua kali lagi selepas kemo tersebut. Walau bagaimana pun, dengan amalan minum bermacam-macam jenis jus, termasuk jus pecah beling, aku berjaya hidup melebihi satu tahun dari tamatnya kemoterapi kedua dulu.

Kalau sesiapa yang tidak mengenali ku, melihat ketrampilan ku, tiada yang menyangka aku adalah pengidap kanser payudara peringkat 4, malah untuk mempercayai aku pernah mengidap kanser pun agaknya, susah. Aku cergas segar, mungkin kerana pengamalan herbal dan diet yang lebih sihat. Terasa memang sihat, walaupun masih ada batuk berdarah sekali-sekala.

Kebiasaan orang yang sihat walaupun sakit, terasa jemu juga menelan jus pecah beling dan kateh murai setiap hari. Kemungkinan juga aku begitu mengharapkan penyembuhan total, lantas ku abaikannya dan berhijrah kepada perawatan lain yang disarankan. Juga apabila berasa sihat, sudah tidak larat lagi hendak makan hanya “vegetarian food,” tanpa gula dan terlebih garam. Manalah nak cari sayur-sayuran organik?. Kawasan keliling rumah ada, tapi malas lah nak tanam sendiri.

Apalah seronoknya hidup jika tidak boleh makan nasi dengan ikan panggang dan budu serta ulam-ulamannya. Bukankah ulam-ulaman itu “raw food?” Aku sedar akan pantang-larang yang popular di kalangan pesakit kanser -aku juga mengamalkannya semasa dalam bahaya kerana paru-paru yang hampir ranap – tetapi tak terlarat kerongkong ini untuk mengikutnya apabila badan sudah berasa sihat dan cergas. Malah, aku sudah diam-diam merancang untuk pulang bekerja.

Walaupun begitu hati masih tidak berpuas hati. Doktor ku seolah-olah membiarkan saja dan aku diberitahu, “We can’t proceed giving you trial chemotherapy because your cancer is stable.” Oleh kerana kepercayaan ku kepada kata-kata doktor sudah agak lentur, aku terus berusaha mendapatkan rawatan secara alternatif, sampai ke tahap pembedahan batin. Segala usaha ku secara alternatif atau komplementari sebenarnya menelan lebih banyak perbelanjaan dari rawatan konvensional, kerana secara konvensional aku dibiayai oleh majikan.

Sekarang ini, aku terlantar di katil hospital semenjak pulang dari rawatan alternatif yang terakhir. Walaupun terasa paru-paru lega kerana pembedahan batin yang dilakukan, ditakdirkan selepas itu aku mengalami pening dan sakit kepala yang paling kuat yang pernah ku alami.

Wakil sel kanser dari payu-dara ku yang bertapak di dalam saraf otak berhampiran dengan saraf tunjang sedang giat membesar, sehingga aku tidak dapat membuka mata dan bergerak kerana pening. Aku sedar, keadaan ku kritikal. Pembedahan adalah 50-50% peratus. Doktor cuma meluahkan anggaran tersebut tetapi tidak memperincikan samada 50-50 itu hidup @ mati atau hidup dengan ketulan kanser dibuang 100% atau hidup dengan komplikasi, seperti tidak sedarkan diri, tidak dapat bercakap dan berfikir dan sebagainya.

Bila sahabat ku Dr. H datang, ku pegang erat tangannya. Ku pohon dia berdoa supaya aku terselamat dengan pilihan rawatan, yang turut dipersetujuinya. Tidak kepada pembedahan. Akan ku terima radiasi paliatif, untuk mengecutkan kanser yang berada ditempat yang bahaya. Ia boleh menekan pernafasan ku serta merta, jika ia membesar.

Dr. H menyedarkan aku akan kehidupan yang seterusnya, dan tidak melepaskan harap dan semangat dalam kehidupan ini. Ikhtiar tetap disarankan walaupun aku hanya boleh mengerakkan kelopak mata. Dalam diam kaku, minda sedarku, tanpa diusik oleh pembedahan dan ubat bius boleh ku ajak membantu diriku. Boleh ku bawa bertaubat berkali-kali. Boleh ku bawa membuat saranan yang baik kepada diri atau ‘self-hypnosis’ untuk kesejahteraan.

Mungkin ada bibik penyesalan yang ku luahkan kerana Dr. H mengatakan, tiada guna didesak untuk mendapatkan lebih banyak lagi kemoterapi. Sabar. Kemungkinan kemoterapi yang kuat yang telah di ambil, telah mematikan kemaraan kanser di dada, paru-paru dan tulang, tetapi ianya tidak berkesan di arena saraf dan otak. Kemo tersebut tidak dapat mencari dan menghapuskan perwakilan sel kanser yang telah lama dahulu bermastautin di otak. Perwakilan-perwakilan di dada, atau di paru-paru atau ditulang telah memberi mandat kepada perwakilan di dalam otak untuk meneruskan perjuangan mereka, sebelum mereka dihapuskan atau dibantutkan oleh TAC dahulu.

Kata Dr. H lagi, kanser payu-dara adalah satu kanser yang amat licik dan pandai memperdayakan diri kita. Senjata kita yang utama adalah semangat yang kuat, kerohanian yang kuat supaya diri sejahtera selalu (tidak tension dan tertekan) serta usaha yang tinggi untuk berterusan memastikan pertahanan atau imuniti badan yang tinggi. Dia akhirnya memberi harapan dengan cerita tentang seorang kanser survivor yang menolak kemo barisan kedua (second line) yang dibawa pulang ke rumah ditolak diatas kerusi roda. Dengan hanya berusaha dengan herbal dan kekuatan Dalaman beliau hidup sehingga sekarang, walaupun semasa ditolak pulang paru-parunya penuh berair dan tulung-tulangnya tepu dengan sel-sel kanser.


Rahsia Di Dalam Ais

Rahsia Di Dalam Ais
Dilulus terbit pada Tuesday, June 03 @ 23:20:57 MYT oleh SongkokPutih
Maklumat Oleh chekamala

 “Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia” Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bacteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan system penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Kesihatan:USUS kita adalah racun dan penawar.

Para penyelidik dan pakar-pakar penjagaan kesihatan bercaya bahawa sisa makanan dan toksin yang terkumpul di dalam badan dalah penyebab utama bagi penyakit dan penuaan pramasa.Penyahtoksinkan secara kerap untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya ini membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan. Kebanyakan program menyahtoksik melibatkan program berpuasa, pengawalan diet dan rawatan lain yang menyusahkan. Kini , terdapat satu program menyahtoksik yang lebih mudah dan praktikal, malah juga berkesan untuk membantu anda kekal muda dan sihat.

BEBERAPA MASALAH KESIHATAN BIASA YANG DI KAITKAN DENGAN PENGUMPULAN TOKSIN TERMASUK:

– Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
– Sembelit atau cirit-birit yang kerap
– Masalah-masalah kulit-jerawat, akne, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya.
– Kuku dan rambut yang rapuh
– Badan dan nafas berbau
– Sering sakit kepala
– Sakit leher , bahu , sendi dan otot
– Peredaran darah yang lemah ? tangan atau kaki sejuk
– Imsomnia ?masalah tidur
– Meradang dan kemurungan
– Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid
– Berat badan dan pembendungan air dalam badan
– Masalah penghadaman , kesenakan dan rasa loya yang kerap
– Alergi dan pengidaman makanan
– Peningkatan tekanan darah
– Kurang tenaga syahwat.

Ia adalah hampir mustahil untuk kita mengelakkan diri daripada toksin-toksin ini kerana mereka berada di mana-mana sahaja.

Dalam makanan kita racun rumpai dan racun serangga dalam buah-buahan dan sayur-sayuran ,bahan kimi dan logam berat dalam ikan dari sungai dan laut yang sangat tercemar,antibiotik dan hormon dalam ayam, itik dan daging.

Dalam air minuman kita klorin, logam berat, bahan kimia , bacteria dan parasit dari sumber air yang tercemar dan paip air yang lama.

Dalam udara yang kita sedut bahan kimia dan asap berkabut dari kilang-kilang, asap kenderaan, asap rokok , serta asap dari pembakaran terbuka dan hutan terbakar dari negara-negara jiran.

Dari proses-proses badan sisa metabolik dan pereputan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan.

USUS SIHAT USUS BERMASALAH

Usus Bermasalah Mengundang Penyakit Usus Kita

Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan barkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.

Bagaimana Usus Toksin Menjejas Kesihatan Kita?

Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagai usus toksin.Jika badan terpaksa mengeluarkan toksin buangan yang berlebihan untuk sepanjang masa, maka tidak hairanlah kadang-kala ia akan terjejas keberkesanannya dan membenarkan penyakit berjangkit. Usus toksin adalah faktor utama di mana makanan yang dimakan tidak ditolenransi dan membawa masalah kesihatan. Jika organ utama yang bertanggungjawab mengeluarkan bahan buangan toksin gagal berfungsi, maka badan kita akan mendapat penyakit dengan mudah. Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan.Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah : cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung.
Pemakanan

– Kurangkan memakan makanan pedas, berasid tinggi dan yang mengandungi fiber yang tinggi (fiber liat/kasar).

– Lebihkan memakan sayur-sayuran atau ulam-ulaman kampung seperti kacang botol, ulam raja, terung, daun salang, pegaga, petai (sikit-sikit) dan sebagainya (sayur yang lambat tumbuh). Begitu juga dengan buah-buahan seperti tembikai, rambutan dan sebagainya.

– Sayur-sayuran yang perlu dikurangkan pula ialah sayur-sayuran yang cepat tumbuh seperti bayam, cendawan (terutamanya cendawan yang tumbuh selepas hujan) dan sebagainya.

– Bagi buah-buahan yang perlu dikurangkan pula ialah buah-buahan yang masam termasuklah cempedak, ciku, pisang dan sebagainya. Buah Seperti ciku mempunyai fiber yang kasar dan lama-kelamaan boleh menghakis usus manakala buah pisang dan betik pula cepat busuk dan tidak sesuai diambil berlebihan kerana ianya akan busuk didalam usus.

– Perbanyakkan meminum air mineral dan sebagainya (saranan : 7 hingga 8 gelas sehari).

APA YANG ANDA DAPAT JANGKAKAN DARI PROGRAM MENYAHTOKSIK YANG BAIK

* Kesihatan keseluruhan yang lebih baik ? rasa lebih bertenaga dan cergas * Daya ketahanan badan yang lebih kuat * Fungsi penghadaman yang lebih baik ? kurang angin dan senak * Pembuangan air besar yang kerap * Daya ingatan dan daya tumpuan yang lebih baik * Kulit yang lebih cerah dan sihat * Badan yang lebih langsing * Ketiadaan sakit-sakit dan sengal-sengal badan.

PENCEGAHAN LEBIH BERKESAN DARIPADA RAWATAN

Mengapakah manusia jatuh sakit?

Sebab utama ialah serangan sistem keimunan dalam tubuh badan oleh bakteria/virus atau pencemaran tisu dan organ oleh bahan-bahan merbahaya yang dikenali sebagai TOKSIN. Selepas rekaan antibiotik, ia telah berjaya mengatasi banyak penyakit yang disebabkan oleh bakteria/virus tetapi pergantungan berlebihan ke atas antibiotik telah menyebabkan kemerosotan sistem keimunan dan metabolisma manusia. Ini telah mengakibatkan penyerapan lebih banyak TOKSIN melalui sistem pernafasan dan pencemaran seperti gas-gas, kimia buangan, sisa-sisa bahan kimia pertanian dan logam-logam berat. Bahan-bahan merbahaya ini menakung dalam darah dan diangkut serta disimpan di dalam berbagai organ dan tisu. Oleh kerana TOKSIN-TOKSIN ini tidak menyebabkan bahaya serta merta yang menjejaskan nyawa kita, ramai daripada kita biasanya mengabaikan kesan-kesannya tetapi selepas jangkamasa panjang, perubahan-perubahan patologik yang serius akan wujud dalam tubuh badan termasuk bisul, penyakit-penyakit kardio-vaskular, kegagalan fungsi organ, ketidak seimbangan sistem pernafasan, pencemaran, endoktrin dan metabolisma serta perubahan-perubahan patalogik dalam tisu-tisu kulit dan kelenjar. Oleh itu bagaimana kita boleh menyingkirkan TOKSIN dalam tubuh badan kita secara berkesan? Ini merupakan soalan penting.

B100 % Habbatus Sauda oil

Amalan pemakanan kita adalah merupakan unsur terpenting demi untuk menjaga usus supaya sentiasa bersih dan dapat mencerna makanan dengan baik.Oleh itu dengan menawarkan acid di dalam tubuh kita agar neutral titiskan minyak 100% asli Habbatus Sauda 1,3 atau 5 titik kedalam minuman atau makanan seharian supaya usus kita sentiasa bersih.Amalan ini dilakukan berulang kali setipa kali kita makan atau minum..Insaallah masaalah akan selesai kerana  menurut riwayat Al Bukhary dan Muslim dari Aisyah R.Anha bahaw dia pernah mendengar Rasullah S.A.W bersabda:”Sesungguhnya di dalam Habbatus Sauda terkandung kesembuhan untuk segala penyakit,kecuali As Sam iatu Maut.”

Hubungi wak untuk keterangan lanjut…Salam perjuangan