Tekanan Ekonomi: Apa Tindakan Anda?

Tekanan Ekonomi: Apa Tindakan Anda?

Sekarang, di sana sini heboh memperbincangkan mengenai isu makanan sedunia yang dikatakan sedang di tahap serius. Manakala, harga minyak pula turun naik harganya di pasaran dunia. Di Malaysia, kemungkinan besar harga minyak akan naik lagi. )

Sejurus harga minyak naik, sudah pasti harga barang lain pun akan naik juga. Ya lah, dalam segenap bidang minyak adalah keperluan utama. Kos naik, sudah pasti harga barang turut naik. Kalau tak, rugilah peniaga.

Yang berpendapatan rendah, semakin tertekan. Manakala yang berpendapatan tinggi pula, terus mencari usaha menambah lagi wang lebih banyak.

Di saat tahap ekonomi yang semakin mencengkam ini, apakah tindakan anda? Atau masih bersenang-lenang dan goyang kaki? Adakah sudah ada perancangan jangka pendek dan panjang?

Bagi saya, kita tidak dapat lari daripada perkara ini semua. Nak tak nak, kita perlu menghadapinya juga walau seperit mana pun. Kita tidak boleh hanya mengharapkan pihak kerajaan, kerana di belah kita, ada juga tindakan yang perlu dilakukan. Antaranya:

1. Berjimat-cermat

Mana barang yang tidak perlu, tak perlulah membelinya. Paksa diri agar hanya membeli barang yang diperlukan sahaja. Lainlah kalau ada kawalan dan perancangan, menggunakan duit untuk ‘menghiburkan diri’ tiada salahnya.

Selain itu, janganlah membazir terutama makanan. Masak atau beli apa yang perlu sahaja. Biasanya kita akan lihat pembaziran ini akan berlaku di bulan puasa. Sepatutnya di bulan puasa lah kita tidak membazir.

Jika di negara lain, amat susah untuk dapatkan secupak nasi, tapi kita sebaliknya di sini, amat mudah untuk membuang makanan begitu sahaja.

Berjimat-cermat dan janganlah membazir. Kedua-dua sifat ini adalah tanda syukur kita terhadap rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Jangan sampai Allah rampas balik nikmat tersebut. Menyesal sudah tak berguna..

2. Simpanan

Walaupun gaji atau pendapatan anda beribu-ribu sebulan, ia tidak bermakna jika ia masuk dan keluar sahaja. Sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan anda mesti disimpan dan ‘dilupakan’. Ia adalah untuk masa depan anda atau di saat memerlukan.Menyimpan dan melabur dalam Sistem Kewangan Islam seperti Takaful adalah sebaik-baiknya kerana insuran akan bertindak sebagai penyelamat sekiranya ada kejadian yang tak terduga berlaku seperti kemalangan atau sakit kritikal yang memerlukan sumber kewangan yang besar.

3. Pendapatan Tambahan

Mungkin gaji anda sekarang tidak mampu bertahan untuk sebulan. Rancang dan usahakan sesuatu untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Sudah pasti, salah satu caranya ialah melalui Internet. )

Manakala bagi usahawan, gandakan lagi pendapatan harian dan bulanan anda. Caranya mungkin dengan menambah produk baru atau mempertingkatkan usaha promosi produk.

4. Jangan Tambah Hutang

Jangan berhutang jika tidak perlu. Lagi-lagi anda sedang menanggung hutang. Adalah satu perkara yang amat tidak digalakkan jika membuat hutang baru semasa masih ada hutang lain.

Namun jika terpaksa berhutang juga, rancanglah sebaik yang mungkin agar ia dapat dibayar tanpa sebarang masalah.

5. Beriman dan Bertaqwa

Sepatutnya ini adalah yang pertama dan utama sekali. Tak perlu saya hurai panjang sebab anda sudah tahu. Orang yang beriman dan ‘dekat’ dengan Allah, sudah pasti rezekinya mencurah-curah dan memiliki hati yang tenang. InsyaAllah.

6. …

Point ke-6, 7, 8 dan seterusnya saya serahkan kepada anda. Nyatakan pendapat anda, apakah yang perlu kita lakukan untuk menghadapi hari ini dan hari mendatang yang amat mencabar ini dengan sebaik-baiknya.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: