Akhir Kemuliaan

Akhir Kemuliaan
Oleh : Dede Farhan Aulawi

Sahabat…
Adakalanya hidup terpaku di persimpangan
Diam tanpa gerak dengan tatap mata yang kosong
Langkah tergontai tak tentu arah
Semua pasrah…pasrah akan kematian yang semakin
mengarah

Rutinitas harian tidak lebih bagai mesin penggerak
raga
Robot – robot tanpa ambisi lalu lalang di setiap pagi
Mereka sibuk…dengan kesibukan yang tak pasti
Mereka lelah…lelah untuk sesuatu yang tak terarah
Jiwa – jiwa yang lelah ini…
….semakin terkulai lemah…
Mereka ingin singgah di singgasana nan damai
Namun tak ada yang mengerti…
….dan tak ada yang mau memahami…
Hidup dipandangnya tidak lebih seperti budak zaman
…yang tunduk…patuh pada kehendak tuan
Mereka ingin bersandar di pundak kepasrahan
Mereka ingin berjalan dengan tongkat penuh
keputusasaan
….tapi tidak ada alternatif lain…
Kecuali berusaha tetap bertahan…

Hampir setiap orang sudah tidak peduli dengan makna
hidupnya
Makna hidup bagi dirinya adalah bagaimana agar tidak
lapar…
Bagaimana agar tidak haus di muara sungai keegaliteran
Pandangannya hanya sebatas hari ini…
Karena esok hari adalah mimpi
Masa depan hanyalah sebutir angan
Akankah hari esok masih ada untuknya…? ??

Sahabat…
Aku di sini menatap setiap langkahnya
Jejak kaki itu nampak semakin jelas di pematang sawah
nan basah
Aku terhenyak… akan setiap jerit tanpa suara
….yang lirih menyisakan isak tangis derita
….dengan nafas tersenggal – senggal
….berusaha menghirup segarnya polutan peradaban
Aku terbelalak atas setiap asa di balik awan jingga
….yang hanya mampu menyuguhkan sensasi penuh
kekejaman
….yang hanya mempertontonkan rasa permusuhan
….yang hanya menampilkan impian – impian
Sementara kita hidup berpijak…
….di antara daratan dan lautan yang terbentang

Aku tafakur….
….tafakur atas setiap langkah yang telah kutempuh
Adakah jalan yang ku lalui ini…
….adalah jalan menuju ridlo Illahi
Ataukah sebatas menghabiskan waktu di usia yang
tersisa ?
Tentu tidak….
Dan di persimpangan ini kita harus putuskan sebuah
sikap
Untuk menjadi umat terbaik…
….yang selalu berpedoman pada keimanan…
Semoga….
….semoga kita bisa menemukan “Akhir Kemuliaan”. Amin

Internet Business?Untung atau Rugi?

Pelaburan Hartanah : Oh, ruginya

Saya pernah terdengar keluhan sesetengah orang…

“Mengapalah dulu aku tidak beli rumah/tanah dikawasan itu dahulu, sekarang nilainya sudah berganda!”

Pernyataan diatas didengari telinga saya sendiri. Seperti mana kata bapa saya, golongan orang sebegini sebenarnya tahu pelaburan hartanah memberikan pulangan lumayan tetapi mereka tidak sanggup menunggu waktunya!

Mereka pun bukanlah terlalu jahil tentang pelaburan hartanah (setidak-tidaknya mereka tahu dan mereka pernah lihat orang kaya melalui pelaburan hartanah) tetapi pada waktu mereka mampu untuk melabur, mereka lebih tergoda dengan perkara lain yang hanya memberi nikmat sementara dan berkurang nilainya.

Salah satu yang paling utama adalah KERETA. Tidak percaya?

Anda lihatlah kes-kes dalam persekitaran hidup anda. Sebagai contoh mungkin keluarga terdekat anda. Apabila diberitakan gajinya meningkat, pernahkah anda mendengar mereka berkata begini….

“Tercapai jua hasrat untuk membeli rumah dengan kenaikan gaji ni, dapatlah sewakannya kelak”

“Yahooo, esok juga aku akan pergi bank buat loan membeli rumah. Bertambah satu lagi pelaburan aku”

(Lupakan seketika kemungkinan mereka ini membuat pelaburan yang salah spt membeli rumah lelong berhantu atau membeli tanah bersebelahan Taman Negara )

Pernahkah anda mendengar situasi begitu, jika ianya berlaku dalam keluarga anda, saya ucapkan tahniah!

Akan tetapi, dalam masyarakat kita, berapa kerat sangatkah yang sedar untuk membuat pelaburan sebegitu? Anda akan biasanya mendengar dialog seperti ini ketika mereka mendapat tahu kenaikan gaji atau baru mendapat pekerjaan….

“Yang, yang, abang ingat abang nak tuka kereta la. Jiran sebelah rumah kita pun dah melaram dengan kereta baru, takkan kita nak kalah”

“Woi, mari sini jap, cuba kau tengok ni Suzuki Swift, cun siot. Aku ingat Petronas panggil kerja lepas ni, aku nak angkat Swift satu!”

Untuk berlaku jujur, saya sendiri mengaku sentiasa terpegun dengan model-model kereta baru. Sungguh menawan hati dan kalbu. Tetapi, apabila saya berfikir balik apa yang bapa saya katakan, ada betulnya juga.

Tahun lepas bapa saya membeli sebuah SUV baru, dan hati saya melonjak “Bolehlah aku try bawak pergi town. Aweks, aweks mesti tengok pemandu dan keretanya!”

(Sebenarnya, SUV itulah kereta baru kegunaanya selepas memandu sebuah kereta sedan lama berusia lebih 13 tahun).

Itupun bapa saya beritahu, “Sebab banyak pergi tengok tanah dekat macam-macam lokasilah abah angkat SUV, senang untuk meredah kawasan paya ke. Kalau tidak, lebih baik buat beli satu lagi tanah. Kereta ni tiada nilai apa pun sangat”

Mulanya saya kurang bersetuju dengan pendapat itu (walaupun saya membaca banyak buku yang menyebut perkara sama tentang melabur untuk kereta). Tetapi sejak saya memandu SUV tersebut, lama kelamaan timbullah rasa bahawa ada SUV yang lebih baik daripada yang itu.

Apabila melihat model-model yang terbaru lagi, saya sudah kurang ghairah untuk memandunya seperti ghairah kali pertama memegang sterengnya.

Dan daripada situ, saya berfikir, ada benarnya kata bapa saya.

Selepas dua, tiga tahun, kereta itu akan menjadi sebuah model yang OUT of DATE. Awek-awek sudah tentu tidak akan memandang sama seperti awal kemunculan model kereta itu kerana sudah ada model-model terkini yang mengambil alih kedudukannya.

Sama hal jugalah dengan orang yang selalu terlepas untuk melabur dalam hartanah. Apabila ada bonus tahunan yang lebih atau dinaikkan pangkat, melabur bukanlah dalam senarai pertama mereka.

Memang pelaburan hartanah tidak selalunya menjanjikan pulangan yang singkat (mungkin mengambil 2,3 tahun atau lebih) dan disebabkan itulah, ramai yang tidak terlalu berminat dengan hartanah.real haouse

Hinggalah pada satu ketika (lebih kurang 5,6 tahun kemudian), mereka mendapat tahu rakan mereka yang membeli hartanah di sesebuah kawasan sekarang ini memegang sebuah aset yang telah bertambah nilainya berganda-ganda.

Waktu itu, tepuklah dahi dan merungut.

(Mesej penting: Untuk anda yang mempunyai lebih daripada sebuah kereta, tanya kembali, adakah anda mempunyai hatta satu pelaburan hartanah? Jika tidak, tidak salah anda sekarang berada pada situasi diatas. Sekarang masa untuk anda berfikir kembali)

W.M.Syazwan

http://www.saifulsham.com/

KONSPIRASI SATU DOLAR U.S

KONSPIRASI SATU DOLAR U.S

Oleh : Ibn Andalus
Manusia harus memandang pada satu arah iaitu kekuatan mata wang, sebagaimana yang dilambangkan oleh mata wang satu dolar Amerika – novus ordo seclorum .
Seluruh struktur perekonomian global telah dikuasai oleh kaum Iluminasi @ Freemason @ Al-Masuniyyah { Iluminasi diertikan sebagai penerangan (enlightenment) – Freemason : Free iaitu bebas , Mason iaitu aliran kebatinan , secara umumnya definasi Freemason iaitu Aliran Kebatinan Bebas atau Penyembah Setan } ,World Bank dan IMF yang telah menjadi “Dewa Luficer” { pembawa cahaya, bintang pagi dan kesempurnaan, penuh dengan kebijaksanaan, sempurna dalam kecantikan dan membimbing manusia menuju kesempurnaan sejati. Menyeru umat manusia di muka bumi ini menyembah bintang berlambang ‘666’ untuk menuju millenium baru dan membawa misi iaitu ‘satu dunia baru’ – novus ordo seclorum } yang akan menyelamatkan manusia sekaligus menguasainya .
Prof. J.S.Malan , seorang ahli ekonomi dari Universiti Sao Paolo mengatakan : ” Setiap bangsa akan menanggung hutang yang berat dan mereka tidak akan mampu membayarnya sehingga mereka menjadi budak yang setia dan patuh terhadap perintah. Kekuatan IMF sangat absolut sehingga tidak akan ada satu negara pun yang mampu mendapatkan satu sen pun, kecuali atas persetujuan atau arahan IMF. ”
Kekuasaan IMF adalah berpunca dari tangan gerakan Zionis yang merupakan perwujudan dari perintah Tuhan ” Orang kaya menguasai orang miskin yang berhutang menjadi budak dari yang menghutang ” ( Amsal 22:7 )
” Mereka harus menguasai seluruh ladang kerana terlalu kelaparan yang ditanggung bangsa di muka bumi.Kaum Zionis akan menjadikan seluruh bangsa merangkak dan mengemis kepada kekuasaannya. ” ( Kejadian 47:13-20)
Sikap tamak dan memakan harta secara batil ini telah diingatkan Allah SWT kepada orang-orang beriman agar tidak mencontoh dan mengikuti sikap kaum Yahudi dan Nasrani, sebagaimana firman-Nya dalam surah At-Taubah : 34
” Wahai orang-orang beriman , sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang denagn jalan yang batil dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah …. ”
Berkaitan dengan ayat tersebut, orang-orang alim Yahudi atau Ahbar adalah orang yang mempunyai pengetahuan dalam urusan tertentu iaitu para Esekutif Yahudi yang telah “memakan” seluruh kekuatan ekonomi dunia untuk kepentingan misi zionisme mereka, seraya menjadikan dana yang mereka kumpulkan untuk menghalang orang beriman menegakan hukum dan syariat yang telah ditetapkan Allah SWT.
Mereka yang dikategorikan sebagai Ahbar tersebut telah hidup lamanya sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW. Sebuah kaum Jahiliyah dari kalangan Ahli Kitab yang sangat tercela dan kemudian di kembangkan dari generasi ke generasi berikutnya.
Untuk menguatkan fakta-fakta ini, peristiwa yang luput dari pengetahuan umat Islam selama ini, iaitu peristiwa Hari Kemerdekaan Amerika Starikat iaitu 4 Julai.
Pada saat itu dibentuk panitia untuk membuat mata wang Amerika (dolar) yang terdiri dari : Benyamin Franklin, Thomas Jefferson, John Adam dan Pierre du Simitiere yang semuanya adalah para anggota Iluminasi @ Freemason tingkat ke 33. Bahkan Thomas Jefferson adalah pengikut mistik agama Desime yang menjadi pelopor lahirnya pemikiran unitarian-universal ist.
Pada saat itu, pemikiran Adam Weishaupt serta bukunya Novus Ordo Seclorum telah merasuki seluruh jiwa para anggota Freemason. Sebagai penghargaan kepada Adam Weishaupt seorang tokoh central zionis , maka mereka menyepakati bahawa lambang satu dolar Amerika memakai simbol-simbol dari Iluminasi dan mencantumkan nama judul buku Weishaupt tersebut sebagai motto pada wang dolar Amerika.
Mereka tidak memilih mata wang dalam bentuk pecahan lima, sepuluh atau dua puluh kerana pecahan satu dolar mewakili pemikiran “satu dunia baru “. Itulah sebabnya pada pecahan satu dolar tersebut sarat dengan falsafah Iluminasi.
Prof. J.S.Malan dalam tulisannya, New Age Reforms : ” Seluruh sumber daya alam dunia seperti monitor dan industri harus dikontrol sepenuhnya oleh “pemerintahan dunia” kerana dengan cara seperti ini, sistem persamaan ekonomi serta kesejahteraan dunia dapat dilaksanakan serta dinikmati secara merata. Seluruh dunia hanya mempunyai satu sistem monitor yang pengawasanya di bawah satu badan yang tersentralisasi. Dengan cara sepertii ini memungkinkan “pemerintahan dunia” menjalankan kebijaksanaannya untuk mengendalikan seluruh negara dan rakyat .”
Dunia harus “tunduk” dan “menyembah” kepada dolar sebagai medium untuk mendapatkan kurnia dari Tuhan (Setan) Lucifer. Mereka yang mendapat limpahan dolar akan mampu menjadi manusia unggul. Mereka yang mengusai dolar juga – di bidang ekonomi – adalah mereka yang menguasai dunia.
Seluruh Lembaga Kewangan Internasional yang telah dirintis oleh Mayer Rothchild harus menunjukkan keperkasaanya dalam bidang kewangan. Pemilikan saham perbankan, mutinasional dan teknologi termasuk mikrochip harus dimiliki secara majorati oleh persaudaraan anggota Freemason @ Iluminasi.
Pakar Teologi Protestan Amerika, Batt Robertson, mengatakan bahawa lambang yang ada pada lembaran wang Dolar Amerika itu sama sekali tidak berhubung dengan kemerdekaan Amerika .
Beliau menyatakan lagi bahawa yang merancang atau mereka cop tersebut pada wang Dolar Amerika itu adalah seorang bernama Charles Thompson, anggota Kongres dan seorang penganut Iluminasi @ Freemason @ Masuniyyah tulen.
Pean Happies menulis sebuah buku berjudul ‘ Jalan Menuju Dunia Diktator Yahudi ‘ mengatakan bahawa Dolar Amerika adalah murni mata wang Zionis Israel kerana tidaklah aneh kalau Raja Zionis meletakan copnya pada mata wang Amerika itu. Dengan begitu , ia memerintah dunia di bawah slogan ” Tata Dunia Baru “.
Sebelum itu pada 1848, Menteri Kehakiman Perancis seorang keturunan asli Yahudi , anggota elit kelompok Masuniyyah tingkat ke 33 dan salah seorang tokoh Gerakan Puak Yahudi Sedunia menulis :
” Hari inii telah dekat masanya , ketika Orchalma menjadi rumah sembahyang (bait as-solah). Di sini akan berkibar satu-satunya bendera Israel ,bendera Tuhan dan akan naik di atas pantai-pantai yang sangat jauh .Tidak mungkin orang Yhudi menjadi teman bagi orang Masihi atau Kristian atau Muslim sebelum memancarkan sinar keimanan dan satu-satunya agama rasional, yang masa kedatangannya ke dunia ini telah dekat. Inilah syarat kehadirannya yang terdpat pada lembaran wang Dolar Amerika . Ia memancarkan cahaya pada setiap orang yang membawa wang itu untuk mendapatkan kesenangan dengan lahirnya ” Tata Dunia Baru ” yang menandakan kembalinya sang Juru Selamat ” .
GAMBARAN SATU DOLAR U.S
1. Piramid : Lambang Firuan / Piramid Gaza, Menara Babil, Hierarki Kekuasaan. Jumlah bata pada Piramid adalah 13 baris ( the lucky number ) yang terdiri dari 72 bata.
2. Satu Mata : Menunjukan pengendalian dunia di bawah pengawasan mata Tuhan (the eye of Lucifer). Menurut pendapat Batt Robertson : adalah cahaya atau mata Tuhan orang Mesir Kuno (Osiris),Tuhan yang selalu mereka kunjugi di sela-sela pertemuan rahsia yang diadakan para penganut Masuniyyah. Jeneral William J.Car dari Amerika menjelaskan bahawa cahaya atau mata yang ada di atas piramid itu memancarkan cahaya ke segala penjuru arah, yang mengisyaratkan perwakilan perisikan dan penindasan seperti Gestapo yang didirikan oleh Weishaupt di bawah lambang persaudaraan dengan tujuan menjaga rahsia organisasi dan memaksa manusia tunduk kepada undang-undang organisasi melalui penindasan .
3.Annuit Coeptis : Limpahan kurnia ( favour our daring undertaking ). Dua kata yang tertera di baha- gian atas lambang itu yang b ermakna ” Sesungguhnya kepentingan kita sarat dengan pelbagai keberhasilan “. Ia juga bererti ” Kejayaan Milik Kita ” atau ” Kepentingan Penuh Keberhasilan ” atau ” Yang Agung Yang Beraja ” atau juga bererti ” Raja Istimewa ” atau ” Penutup (Segel) Orang Mesir “. Makna-makna seperti itulah yang Dimaksud oleh kata-kata yang ada pada lembaran wang Dolar Amerika itu yakni ” Segel Terbesar Milik Raja Istimewa ” yang menentukan asal usul ketinggian dan pengaruh yang membentuk keperibadiannya itu dan dikembalikan ke negeri Mesir yang diakui oleh Dajjal sebagai permata di muka bumi ini . 2 kata tersebut juga boleh ditemui dalam bahasa Perancis Le grand Coptis yang bererti orang Qibti terbesar. Sementara itu, al-Qibti adalah “orang mesir” dan bukan orang kristian. Anneoun juga Bererti Lingkaran atau al-Khatam bermakna segel. Segel itu adalah segel Dajjal yang Mengaku dirinya sebagai dukun terbesar (dari keturunan) Mesir .
4. Novus Ordo Seclorum : Secara harfiah bermakna ” Tata Dunia Baru ” atau ” Tata Masyarakat Baru “. Pemikiran dan nama sebuah buku terkenal karangan Adam Weishaupt. Buku Yang berisi konsep-konsep, doktrin serta teori tentang pemikiran global. Selesai disiapkan pada tanggal 1 Mei 1776 iaitu Hari Perayaan Komunis di seluruh dunia. Salah satu hal yang harus dicatat ialah bahawa lambang ini di- buat atas dasar Ideologi Masuniyyah @ Freemason sesudah bergabungnya organisasi ini dengan organisasi Nurainiyyah selepas diadakanya Muktamar Filmsbad pada 1782 .
5.The Great Seal : Bahagian bawah bertulisan Inggeris yang bermaksud Mohor Terbesar .
6. In God We Trust : Bererti hanya pada Tuhan yang satu – Setan Lucifer dan Jehovah – kita percaya .
7. ONE : Merupakan singkatan dari ordo novus empirium : pemerintahan imperialis baru .
8. MDCCLXXVI : Tanggal yang ditulis dengan huruf-huruf roman adalah tanggal diumumkannya secara rasmi pembentukan organisasi Pendokong Cahaya Syaitan. Ini adalah perletakan asas pertama untuk secara mudah menduduki otak dunia,bumi dan kekayaannya. Tanggal itu bukanlah tanggal pengumuman dokumen Kemerdekaan Amerika .
9. Lambang Burung Phoneix : Bereti simbol kebebasan. Jumlah huruf pada annuit coeptis adalah 13 sama dengan jumlah huruf pada E.Pluribus Unun. Bintang di atas burung berjumlah 13 dan membentuk lambang bintang Daud (the star of David). 13 daun,13 bulu pada sayap dan 13 panah , 13 garis bendera menjadi tameng burung. Angka 13 itu sendiri merupakan lambang kekuasaan empat penjuru dunia ( Utara-Timur- Selatan-Barat ). 13 = 1+3 = 4 penjuru . Burung helang yang ada di dalam lembaran wag ringgit Amerika itu Di atasnya ada bintang segi enam adalah lambang bagi Yahudi,Israel dan Zionis serta tanda bagi setiap yang berhubungan dengan warisan Ibrani atau kewujudan Nazi Yahudi. Para penganut Masuniyyah men- yebut bintang itu sebagai ” Baju Besi Nabi Daud ” ( Dira’ Daud ). Menurut mereka ,Nabi Sulaiman mewarisi baju besi itu. Dalam pand- gan orang-orang Yahudi, bintang itu mengisyaratkan 2 mata pada baha- gian dalam 2 segitiga. Dan sisi dari masing-masing mata segitiga adalah sama.Menurut dakwaan orang-orang Yahudi, Nabi Sulaiman telah men- unjukkan perhatian kepada segitiga itu, sebagaimana halnya jika segitiga itu adalah ” Mata Allah “. Pada akhirnya nanti,mata dan segitiga tersebut menjadi ” Lambang Allah ” sendiri. Begitulah alasan dan dasar orang- orang Yahudi dan para penganut Masuniyyah mendewakan lambang itu.
Setengah pendapat : 13 adalah keturunan atau suku Yahudi, putera-putera Nabi Yaakub . Namun putera-putera Nabi Yaakub seramai 12. Mereka disebut juga Asbat,suku Nabi Ishaq dan Nabi Ibrahim. Asbat adalah cabang keturunan Bani Israel Yahudi sebagaimana halnya kabilah-kabilah Arab adalah keturunan Nabi Ismail . Firman Allah , surah al-A’raf :160 :
” Dan mereka Kami bagi menjadi 12 suku yang masing-masing berjumlah besar ….. ”
Dari manakah satu lagi angka bagi melengkapi jumlah 13 itu ? Mereka yang ke 13 adalah Yahudi Khazar yang melarikan diri. Seorang penulis Yahudi, Arts Kistler ( mati 1983 ) , seorang sarjana yang tiada tandingannya di kalangan Yahudi mengatakan bahawa Yahudi Khazar inilah kabilah ke 13. Kistler dalam bukunya ‘ The Thirteenth Tribe ‘ : ” Majorati kaum Yahudi sekarang ini bukan berasal dari 12 kabilah keturunan Nabi Yaakub sebagaimana kisah tentang mereka dalam Al-Quran dan Taurat. Bahkan mereka itu telah menyimpang dari kabilah Khazar, kabilah ke 13. Keturunan mereka ini bertebaran di seluruh negara Eropah Timur khususnya Poland,Hungary dan Russia. Ertinya mereka bukan berasal dari Palestine tetapi dari Kaukas dan Asia Tengah.
Pengakuan Prof. Abraham Bolyake, Yahudi keturunan Russia : ” Yahudi yang ada sekarang ini datang dari Khazar, suku ke 13. Bahkan beliau dengan terang-terangnya menyerang pendapat yang mengatakan bahawa orang-orang Yahudi sekarang adalah perlarian dari kabilah yang konsisten pada Taurat ( Al-Qabilah At-Tauratiyyah ) .
Genggaman burung helang yang kuat di atas lembaran wag dolar Amerika merupakan lambang genggaman, cengkaman dan kekuasaan Dajjal yang dikutuk Allah. Angka ke 13 merupakan lambang yang sangat jelas bagi setiap orang yang mengerti bahawa itu adalah lambang asal usul Yahudi.
Segala sesuatu yang tertulis dalam lembaran wang satu Dolar Amerika itu menguatkan bukti nyata yang dikemukakannya. Demikian pula masalah air yang diliputi oleh piramid. Itulah air pada Segel Dajjal yang dipergunakan untuk protokol dan surat-surat rasminya.
Sesungguhnya , Manusia Iblis ini telah lama mengisytiharkan atau memperkenalkan ehwal dirinya sendiri secara diam-diam. Dan yang demikian itu akan disusul pengumuman rasminya ketika ada kesempatan yang tepat untuk melakukannya. Tetapi bagaimanapun , ia akan gagal menentukannya. Firman Allah SWT :
” Dan kamu tidak dapat menghendaki ( menempuh jalan itu ) kecuali apabila di kehendaki oleh Allah , Tuhan Semesta Alam “.
At-Takwir : 29
Rujukan :
1. Al-Quran dan Terjemahnya .
2. Dajjal & Simbol Setan – Drs. H. Toto Tasmara
3. Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda – Muhammad Isa Daud
4. Wang Satu Dolar U.S

RAHSIA DI SEBALIK DEMAM

RAHSIA DI SEBALIK DEMAM

Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah
hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

Hakikat Demam.

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :

“Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

“Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Muslim)

Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah
telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah
menzahirkan berbagai jenis
kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam
dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa panasnya api neraka. Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi dengan
mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan api neraka sedari
mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.

Adapun maksud “mendinginkannya dengan air” itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang
paling afdhal itu ialah memberi minum air.

Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam.

Memang tidak dinafikan bahawa ada setengah orang mengeluh kerana demam atau mengerang kerana kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama?

Sebenarnya kita tidak dilarang untuk mengadu atau mengeluhkan kesakitan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh
dan mengadukannya kepada orang lain sesama manusia. Nabi Shallallahu alaihi wasallam sendiri, para sahabat
dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka.
Diriwayatkan bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah
Subhanahu Wa Taala dengan berkata yang ertinya :

Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada (yang lain) yang mengasihani.

Adapun yang dimaksudkan dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan
penyakit itu. Akan tetapi jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya kepada
kawan-kawannya supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka dalam hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika seseorang itu mengeluh
kerana sakit, tetapi keluhannya itu boleh mendatangkan kerehatan kepadanya atau boleh meredakan
kesakitannya, maka tidaklah juga menjadi apa-apa.

Al-Quran ada menceritakan tentang kesabaran Nabi Ayyub Alaihissalam dalam menempuhi segala penderitaan. Di antara penderitaan yang Nabi Ayyub alami
ialah berpenyakit gatal. Penyakit gatal ini sangat dahsyat. Apabila digaru dengan kuku, maka kuku baginda akan tanggal, tetapi masih juga bertambah
gatal. Kemudian baginda terpaksa menggarunya dengan barang yang kesat. Tidak cukup dengan itu, baginda menggaru badannya dengan pecahan periuk dan
akhirnya dengan batu. Namun masih juga merasa gatal. Sehingga dengan tidak disedarinya dagingnya telah luka dan koyak. Maka keluar dari tubuh baginda
yang luka itu, nanah yang baunya sangat busuk. Orang ramai yang tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka keluarkan Nabi
Ayyub dari negeri tempat tinggalnya ke tempat terpencil. Semua orang
memencilkannya kecuali isterinya yang merawatnya.

Nabi Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang menimpanya, bahkan dia bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yang dilakukannya hanyalah bermohon
kepada Allah agar mengasihaninya. Cubalah kita perhatikan permohonan Nabi Ayyub yang disebutkan di dalam Al-Quran :

Tafsirnya : “Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja
yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani” . (Surah Al-Anbiya¡¦: 83)

Jika kita perhatikan kalimat-kalimat yang disebut oleh Nabi Ayyub Alaihissalam dalam ayat ini, alangkah halusnya budi bahasa baginda dalam rayuannya
kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Baginda menyebut “aku disentuh” dan tidak menyebut perkataan “aku ditimpa”. Di sini menggambarkan bahawa celaka itu
sendiri yang datang menyentuh dirinya. Nabi Ayyub tidak menyebut juga “atas kehendakMu”, kerana kesopanannya yang sangat tinggi terhadap Allah
Subhanahu Wa Taala. Selepas itu, rayuan baginda disudahi dengan kata-kata yang halus juga iaitu: “Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani
daripada segala yang mengasihani” .

Pada suku kata pertama, Nabi Ayyub mengadukan perasaannya yang dapat menimbulkan rasa kasihan dan pada suku kata kedua disebutkannya sifat Allah yang
lebih pengasih daripada sesiapa jua pun yang pengasih. Hanya inilah permohonan Nabi Ayyub kepada
Allah. Dia tidak merungut dan mengeluh, apatah lagi menyesali apa yang telah berlaku. Dia cuma memohon belas kasihan daripada Allah Subhanahu Wa
Taala.

Inilah satu kisah yang patut kita ambil iktibar, pengajaran dan contoh tauladan daripadanya. Walaupun Nabi Ayyub telah ditimpa penyakit, harta
bendanya punah-ranah, anak-anaknya ditimpa malang dan mati semuanya, tetapi berkat sabarnya dan imannya, Allah Subhanahu Wa Taala telah mengabulkan
doa dan rayuannya, lalu dia pun sembuh seperti sediakala dan berkembanglah keturunannya serta dikurniakan harta benda yang melimpah ruah.

Mencaci-maki Demam.

Selaku seorang muslim yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila ditimpa demam. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar
semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi
Shallallahu alaihi wasallam. Ini bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu anhu yang maksudnya :

“Bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda:

“Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?

Dia menjawab: “Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya”.

Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana
landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi”.

(Hadith Riwayat Muslim)

Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar
menempuhinya. .

Demam Penebus Dosa.

Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.

Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya,
kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.

Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.

“Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari
angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.

Amin, ya Rabbal A’lamin.”

Kanser & Minda

Posted: 05 May 2008 01:02 AM CDT

Jejak benar Ku….

Sudah lebih satu dekad aku melaluinya. Apa kata pakar? “The first five years is the most crucial period. If you survived more than five years, then you are as good as cured.” Siapa lah aku? Pada ku bila seorang doktor berhujah, hanya Allah, s.w.t boleh mencabarnya. Lagi pula doktor pakar yang berhujah.

Lima tahun aku seorang yang gigih menjaga badan. Badan langsing bergaya hasil dari kekerapan bersenam. Alhamdullilah, ramai pesakit kanser payu-dara yang lain dipulihkan semangat kerana melihat keterampilan ku.

Bila sudah melewati lima tahun, ubat tamoxifen yang haram aku tinggalkan satu hari pun perlu diberhentikan kerana takut akan risiko kanser peranakan. Tiada ubat lain diberikan. Kanser-ku ER dan PR positif. Sebenarnya sudah ada ubat yang masuk ke pasaran tempatan dan hospital, yang memainkan peranan yang lebih baik, menyekat tindakan estrogen ke atas payudara. Aromatase inhibitors. Walaupun tiada ubat penghalang estrogen, lima tahun lagi berlalu dan aku tetap sihat. Masih tiada ancaman kanser yang dahulu. Agaknya sudah sembuh. Lagi pula kanser-ku jenis yang tidak begitu agresif. Rasa-rasanyalah, gred I dari segi keganasan dan noda limfa dibawah ketiak tiada yang positif.

Cuma yang mencurigakan ianya dekat dengan garisan pembedahan mastektomi (close to margin or less than 10mm from margin). Walaupun begitu sudah diberi sinar radiasi. Tentu sekali mesin rawatan yang kosnya mahal tak tersebut harganya oleh ku, berkesan menghapuskan sel-sel kanser yang tertinggal oleh pembedahan. Di tambah pula dengan enam pusingan kemoterapi yang mengajar erti loya dan mual yang sebenar.

Genap sepuluh tahun berlalu, ketulan kanser tumbuh didinding dada. Apa yang salah? Mungkin juga aku alpa dengan rutin gaya hidup sihat dan asyik bekerja tanpa sedar yang fizikal agak terabai. Badan juga sudah over-berisi. Tiada guna penyesalan. Sikap ku tetap positif dan melihat ke depan. Aku masih menganggap saranan dari pakar bertaraf kebenaran yang jitu. Aku lalui radiasi lagi ke tempat ketulan kanser yang berulang, yang sudah dibuang melalui pembedahan.

Tiga bulan berikutnya, sewaktu temujanji susulan, didapati dari pemeriksaan X-ray, sebelah dari paru-paru ku hampir lenyap ditenggelami oleh air. Plural effusion. Memang aku seorang yang kental semangat. Sudah teruk macam tu, aku masih dapat melalui hari-hari bekerja seperti biasa. Kalau tidak kerana pemeriksaan susulan hari itu, tentu terlewat dikesan. Paru-paru disebelah tempat diradiasikan. Terfikir akan perkaitan: radiasi melemahkan tisu dan benih kanser hidup subur! Benar

Dari hari itu aku rajin ikut nasihat rakan dan survivor lain tentang pengamalan pemakanan dan herbal anti-kanser. Juga rajin berubat secara tradisional. Pantang disebut cara rawatan dan perawatnya, akan ku usahakan. Rawatan konvensional juga ku ambil. Oleh kerana kemoterapi terdahulu adalah kategori ‘first line’, aku terima saja tawaran kemoterapi ‘second line.’

Memang kuat, tapi semangat ku yang tidak luntur melindungi ku dari kesan-kesan sampingan yang kuat. Hasil dari kemo yang kuat hanyalah menahan penaklukan kanser ke atas badanku. Ya, setakat bertahan. Pleural effusion masih terjadi dua kali lagi selepas kemo tersebut. Walau bagaimana pun, dengan amalan minum bermacam-macam jenis jus, termasuk jus pecah beling, aku berjaya hidup melebihi satu tahun dari tamatnya kemoterapi kedua dulu.

Kalau sesiapa yang tidak mengenali ku, melihat ketrampilan ku, tiada yang menyangka aku adalah pengidap kanser payudara peringkat 4, malah untuk mempercayai aku pernah mengidap kanser pun agaknya, susah. Aku cergas segar, mungkin kerana pengamalan herbal dan diet yang lebih sihat. Terasa memang sihat, walaupun masih ada batuk berdarah sekali-sekala.

Kebiasaan orang yang sihat walaupun sakit, terasa jemu juga menelan jus pecah beling dan kateh murai setiap hari. Kemungkinan juga aku begitu mengharapkan penyembuhan total, lantas ku abaikannya dan berhijrah kepada perawatan lain yang disarankan. Juga apabila berasa sihat, sudah tidak larat lagi hendak makan hanya “vegetarian food,” tanpa gula dan terlebih garam. Manalah nak cari sayur-sayuran organik?. Kawasan keliling rumah ada, tapi malas lah nak tanam sendiri.

Apalah seronoknya hidup jika tidak boleh makan nasi dengan ikan panggang dan budu serta ulam-ulamannya. Bukankah ulam-ulaman itu “raw food?” Aku sedar akan pantang-larang yang popular di kalangan pesakit kanser -aku juga mengamalkannya semasa dalam bahaya kerana paru-paru yang hampir ranap – tetapi tak terlarat kerongkong ini untuk mengikutnya apabila badan sudah berasa sihat dan cergas. Malah, aku sudah diam-diam merancang untuk pulang bekerja.

Walaupun begitu hati masih tidak berpuas hati. Doktor ku seolah-olah membiarkan saja dan aku diberitahu, “We can’t proceed giving you trial chemotherapy because your cancer is stable.” Oleh kerana kepercayaan ku kepada kata-kata doktor sudah agak lentur, aku terus berusaha mendapatkan rawatan secara alternatif, sampai ke tahap pembedahan batin. Segala usaha ku secara alternatif atau komplementari sebenarnya menelan lebih banyak perbelanjaan dari rawatan konvensional, kerana secara konvensional aku dibiayai oleh majikan.

Sekarang ini, aku terlantar di katil hospital semenjak pulang dari rawatan alternatif yang terakhir. Walaupun terasa paru-paru lega kerana pembedahan batin yang dilakukan, ditakdirkan selepas itu aku mengalami pening dan sakit kepala yang paling kuat yang pernah ku alami.

Wakil sel kanser dari payu-dara ku yang bertapak di dalam saraf otak berhampiran dengan saraf tunjang sedang giat membesar, sehingga aku tidak dapat membuka mata dan bergerak kerana pening. Aku sedar, keadaan ku kritikal. Pembedahan adalah 50-50% peratus. Doktor cuma meluahkan anggaran tersebut tetapi tidak memperincikan samada 50-50 itu hidup @ mati atau hidup dengan ketulan kanser dibuang 100% atau hidup dengan komplikasi, seperti tidak sedarkan diri, tidak dapat bercakap dan berfikir dan sebagainya.

Bila sahabat ku Dr. H datang, ku pegang erat tangannya. Ku pohon dia berdoa supaya aku terselamat dengan pilihan rawatan, yang turut dipersetujuinya. Tidak kepada pembedahan. Akan ku terima radiasi paliatif, untuk mengecutkan kanser yang berada ditempat yang bahaya. Ia boleh menekan pernafasan ku serta merta, jika ia membesar.

Dr. H menyedarkan aku akan kehidupan yang seterusnya, dan tidak melepaskan harap dan semangat dalam kehidupan ini. Ikhtiar tetap disarankan walaupun aku hanya boleh mengerakkan kelopak mata. Dalam diam kaku, minda sedarku, tanpa diusik oleh pembedahan dan ubat bius boleh ku ajak membantu diriku. Boleh ku bawa bertaubat berkali-kali. Boleh ku bawa membuat saranan yang baik kepada diri atau ‘self-hypnosis’ untuk kesejahteraan.

Mungkin ada bibik penyesalan yang ku luahkan kerana Dr. H mengatakan, tiada guna didesak untuk mendapatkan lebih banyak lagi kemoterapi. Sabar. Kemungkinan kemoterapi yang kuat yang telah di ambil, telah mematikan kemaraan kanser di dada, paru-paru dan tulang, tetapi ianya tidak berkesan di arena saraf dan otak. Kemo tersebut tidak dapat mencari dan menghapuskan perwakilan sel kanser yang telah lama dahulu bermastautin di otak. Perwakilan-perwakilan di dada, atau di paru-paru atau ditulang telah memberi mandat kepada perwakilan di dalam otak untuk meneruskan perjuangan mereka, sebelum mereka dihapuskan atau dibantutkan oleh TAC dahulu.

Kata Dr. H lagi, kanser payu-dara adalah satu kanser yang amat licik dan pandai memperdayakan diri kita. Senjata kita yang utama adalah semangat yang kuat, kerohanian yang kuat supaya diri sejahtera selalu (tidak tension dan tertekan) serta usaha yang tinggi untuk berterusan memastikan pertahanan atau imuniti badan yang tinggi. Dia akhirnya memberi harapan dengan cerita tentang seorang kanser survivor yang menolak kemo barisan kedua (second line) yang dibawa pulang ke rumah ditolak diatas kerusi roda. Dengan hanya berusaha dengan herbal dan kekuatan Dalaman beliau hidup sehingga sekarang, walaupun semasa ditolak pulang paru-parunya penuh berair dan tulung-tulangnya tepu dengan sel-sel kanser.


Tekanan Ekonomi: Apa Tindakan Anda?

Tekanan Ekonomi: Apa Tindakan Anda?

Sekarang, di sana sini heboh memperbincangkan mengenai isu makanan sedunia yang dikatakan sedang di tahap serius. Manakala, harga minyak pula turun naik harganya di pasaran dunia. Di Malaysia, kemungkinan besar harga minyak akan naik lagi. )

Sejurus harga minyak naik, sudah pasti harga barang lain pun akan naik juga. Ya lah, dalam segenap bidang minyak adalah keperluan utama. Kos naik, sudah pasti harga barang turut naik. Kalau tak, rugilah peniaga.

Yang berpendapatan rendah, semakin tertekan. Manakala yang berpendapatan tinggi pula, terus mencari usaha menambah lagi wang lebih banyak.

Di saat tahap ekonomi yang semakin mencengkam ini, apakah tindakan anda? Atau masih bersenang-lenang dan goyang kaki? Adakah sudah ada perancangan jangka pendek dan panjang?

Bagi saya, kita tidak dapat lari daripada perkara ini semua. Nak tak nak, kita perlu menghadapinya juga walau seperit mana pun. Kita tidak boleh hanya mengharapkan pihak kerajaan, kerana di belah kita, ada juga tindakan yang perlu dilakukan. Antaranya:

1. Berjimat-cermat

Mana barang yang tidak perlu, tak perlulah membelinya. Paksa diri agar hanya membeli barang yang diperlukan sahaja. Lainlah kalau ada kawalan dan perancangan, menggunakan duit untuk ‘menghiburkan diri’ tiada salahnya.

Selain itu, janganlah membazir terutama makanan. Masak atau beli apa yang perlu sahaja. Biasanya kita akan lihat pembaziran ini akan berlaku di bulan puasa. Sepatutnya di bulan puasa lah kita tidak membazir.

Jika di negara lain, amat susah untuk dapatkan secupak nasi, tapi kita sebaliknya di sini, amat mudah untuk membuang makanan begitu sahaja.

Berjimat-cermat dan janganlah membazir. Kedua-dua sifat ini adalah tanda syukur kita terhadap rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Jangan sampai Allah rampas balik nikmat tersebut. Menyesal sudah tak berguna..

2. Simpanan

Walaupun gaji atau pendapatan anda beribu-ribu sebulan, ia tidak bermakna jika ia masuk dan keluar sahaja. Sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan anda mesti disimpan dan ‘dilupakan’. Ia adalah untuk masa depan anda atau di saat memerlukan.Menyimpan dan melabur dalam Sistem Kewangan Islam seperti Takaful adalah sebaik-baiknya kerana insuran akan bertindak sebagai penyelamat sekiranya ada kejadian yang tak terduga berlaku seperti kemalangan atau sakit kritikal yang memerlukan sumber kewangan yang besar.

3. Pendapatan Tambahan

Mungkin gaji anda sekarang tidak mampu bertahan untuk sebulan. Rancang dan usahakan sesuatu untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Sudah pasti, salah satu caranya ialah melalui Internet. )

Manakala bagi usahawan, gandakan lagi pendapatan harian dan bulanan anda. Caranya mungkin dengan menambah produk baru atau mempertingkatkan usaha promosi produk.

4. Jangan Tambah Hutang

Jangan berhutang jika tidak perlu. Lagi-lagi anda sedang menanggung hutang. Adalah satu perkara yang amat tidak digalakkan jika membuat hutang baru semasa masih ada hutang lain.

Namun jika terpaksa berhutang juga, rancanglah sebaik yang mungkin agar ia dapat dibayar tanpa sebarang masalah.

5. Beriman dan Bertaqwa

Sepatutnya ini adalah yang pertama dan utama sekali. Tak perlu saya hurai panjang sebab anda sudah tahu. Orang yang beriman dan ‘dekat’ dengan Allah, sudah pasti rezekinya mencurah-curah dan memiliki hati yang tenang. InsyaAllah.

6. …

Point ke-6, 7, 8 dan seterusnya saya serahkan kepada anda. Nyatakan pendapat anda, apakah yang perlu kita lakukan untuk menghadapi hari ini dan hari mendatang yang amat mencabar ini dengan sebaik-baiknya.

Rahsia Di Dalam Ais

Rahsia Di Dalam Ais
Dilulus terbit pada Tuesday, June 03 @ 23:20:57 MYT oleh SongkokPutih
Maklumat Oleh chekamala

 “Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia” Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bacteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan system penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.