5 Masalah Dalam Masyarakat yang boleh dibantu dengan adanya Takaful.

1- Dying Too Soon

Meninggal dunia pada usia muda. Orang yang meninggal dunia akan meneruskan kehidupan ke Alam Barzakh, tapi yang ditinggalkan. Terutama individu yang baru berumah tangga dan mempunyai tanggungan isteri dan anak yang masih kecil. Cuba bayangkan bagai mana mereka ingin meneruskan kehidupan setelah kehilangan suami dan ayah. Suami dan ayah meninggal dunia, pendapatan untuk menampung keperluan kewangan keluarga pun akan terhenti. Suami dan Ayah tidak boleh diganti, tetapi pendapatan Suami dan Ayah boleh diganti sekiranya beliau mengambil plan takaful. Sekiranya anda sebagai agent takaful, anda boleh membantu golongan ini.

2- Living Too Long

Pendek umur pun masalah, panjang umur pun ada masalah. Masalahnya adalah, cukup ke simpanan kita utk teruskan penghidupan. Ramai masyarakat kurang sedar mengenai kepentingan menabung pada usia muda. Sebaliknya mereka lebih suka berbelanja daripada menyimpan. Sekiranya anda seorang agent Takaful, anda boleh membantu golongan ini dengan memberi kesedaran mengapa penting utk kita menabung pada usia muda. Anda dapat membantu mereka, dan apa yang anda lakukan tersebut akan dibayar sebagai pendapatan anda (Komisen)

3- Living Death

Hidup akan tetapi umpama mati. Lumpuh kekal keseluruhan (TPD). Kita fikirkan….perlu tak untuk mempunyai sejumlah wang bagi menampung perbelanjaan harian sekiranya seseorang mengalami TPD. Kalau seseorang itu tidak mempunyai simpanan yang cukup, tiba2 mengalami TPD sama ada akibat kemalangan atau penyakit, bagai mana utk teruskan kehidupan. Siapa yang akan bantu sekiranya dah jadi mcm tu?. Mak Ayah?..Adik Beradik, saudara-mara…..ya..mereka akan bantu, tapi alangkah bagusnya kalau mereka hanya perlu membantu dari segi tenaga tanpa membantu dari segi kewangan. Sebab kewangan telah ditanggung oleh Pihak Takaful, termasuklah semua kos rawatan di hospital, semuanya di tanggung oleh Pihak Takaful. Disebabkan anda sebagai agent Takaful, anda memberi khidmat nasihat takaful kepada client anda dan sekiranya client anda mengalami “Living Death” beliau akan dapat bantuan. Anda dibayar komisen atas kerja anda. Profitable and meaningfull career…

4- Wealth Creation

Semua orang ingin mengumpul kekayaan, tapi masih ramai yang tak tau bagaimana. Sekiranya anda menjadi Agent Takaful, anda boleh membantu mereka merancang kewangan mereka untuk mencapai objektif kewangan mereka. Bantu mereka dan anda dibayar komisen diatas tugas anda.

5- Child Education

Hadiah yang paling berharga daripada ibu bapa kepada anak-anak adalah PENDIDIKAN YANG SEMPURNA. Akan tetapi, tahukah anda, berapa kos yuran pendidikan di Universiti Tempatan atau Luar Negara sekarang nie? Takkan kita nak biarkan anak kita menanggung hutang selepas mereka tamat belajar, sedangkan masa tu mungkin mereka belum mempunyai pekerjaan lagi. Siapa yang ada pilihan kita atau dia (anak)? Dia tak de pilihan sebab Ibu Ayah yang mempunyai pilihan sama ada utk menyediakan simpanan pendidikan untuk anak atau tidak. Keperluan untuk itu amat mendesak. Kalau anda jadi agent Takaful, anda boleh bantu mereka, beri nasihat dan tunjuk ajar bagaimana untuk menyediakan simpanan pelajaran untuk anak mereka yang mempunyai ciri2 berikut “SECURED, IMMEDIATE, GUARANTEED”….Dan anda dibayar komisen atas tugas anda.

Bantulah mereka yang memerlukan….sedarkan lah mereka. Mereka perlukan agent-agent seperti kita semua untuk memberikan gambaran sebenar mengenai keperluan takaful dalam perancangan kewangan setiap individu.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: