Kita adalah apa yang kita fikirkan..Fikirkan Boleh..Pasti Boleh..

Saya boleh!

Caption: Ahmednijad President Iran

Kita semua ada mindset. Mindset terbina dari apa yang kita mahu capai dan apa yang kita mahu realisasikan

dalam hidup ini mengikut jangka masa tertentu.

Sesetengah orang percaya yang dia boleh buat apa saja, janji dia belajar lalu membuat apa yang perlu dilakukan, supaya dia dapat buat seperti yang dimahukannya. Sikap ini adalah salah satu daripada sikap orang-orang berjaya.

Bagi mereka, hidup penuh dengan proses pembelajaran. Mereka set matlamat, lalu belajar apa jua kemahiran untuk membolehkan mereka mecapai matlamat tersebut. Di dalam proses itu, mereka menjadi lebih ‘advance’ daripada orang lain dalam diam.

Sesetengah orang pula, merasa takut dan ragu-ragu bila melakukan sesuatu atau bila berdepan dengan sesuatu yang baru. Saya hanya seorang anak muda yang berumur 27 tahun dan siapa saya untuk m

enghukum orang lain, tetapi dari pemerhatian sendiri, orang yang berfikiran sebegini ramai saya temui.

Mereka takut belajar sesuatu yang baru, dalam masa yang sama menanggap sikap suka belajar membuang masa.

Yang lebih teruk, mereka mempengaruhi orang lain supaya join sekali merasa takut seperti mereka. Kita berhak merasa takut, tapi biarlah sekadar hanya mindset bersedia, bukannya takut membuat perkara barumahupun takut dilanda musibah kesan dari membuat sesuatu.

Orang-orang yang berjaya adalah mereka yang sanggup melakukan sesuatu yang mustahil pada pandangan mata orang lain. Mindset ‘boleh buat’ membolehkan mereka membayangkan masa depan dan memvisualkan matlamat mereka, seolah-olah ia dah dicapai sekarang ini.

Kesan daripada itu, semangat orang-orang yang berjaya ni naik dan motivasi mereka meledak ibarat obor api

yang semarak nyalaanya.Bahkan mereka sanggup buat apa saja untuk membolehkan motivasi mereka sentiasa ada!

Bila mahu berjaya, tiru seperti mereka yang dah berjaya. Usahakan dengan cara apa sekalipun untuk menjadikan diri Anda sentiasa bersemangat.

Sebab, bila sentiasa ada semangat, akan ada inspirasi. Dari situ, timbul macam-macam idea untuk Anda

mencapai matlamat peribadi Anda.

Always, always, always remember, kita adalah apa yang kita fikirkan. Fikir boleh, maka Anda boleh buat apa saja..

Mindset membezakan boleh atau tidak. Semua orang sebenarnya boleh mencapai kejayaan, tetapi mindset yang ‘tak boleh buat’ menghalang mereka, ditambah dengan kata-kata orang lain yang mengajak mereka supaya berhenti berusaha.

Mulai hari ni, tanya diri apa impian Anda. Serapkan di minda yang Anda boleh buat apa saja, katakan pada diri yang Anda sebenarnya berbakat.

Anda boleh capai apa saja selagi ada usaha!

p/s: Coretan di atas bukan hasil nukilan saya sendiri,diambil dari blog http://www.imotivasi.com/ untuk sama-sama menghayati kita adalah apa yang kita fikirkan…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: