ANAK DERHAKA?

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah…

“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”.Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . “Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. “Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.” Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan “bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka“. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun.  Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? “Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.”

HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. “Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu.. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.” Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.”

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? “Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. “Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. “Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
Adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;

1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).

2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya..
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka  lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .  Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..

15.. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri..

SALAM PERJUANGAN

Wak dalam 2 ke 3 hari akan diperam ke satu penjuru dunia untuk kursus mengenal diri.(Eh..rupanya selama ini wak tak kenal diri wak ya..)Apapun moga kesan dari pada kursus itu Insaallah moga menjadi satu anjakan pradigma buat diri Wak maju terus ke hadapan dan tanpa menoleh lagi ke belakang..(Jangan pandang belakang..)

Nantikan coretan Wak di hari yang lain yang pastinya lebih berbisa dan berilmu..Insaallah..Untuk tip motivasi Wak turunkan di sini petikan dari Saudara Irfan Khairi berkenaan dengan Masa atau pengurusan Masa..Cukup suka Wak dengan anak Muda ini yang bukan saja sudah Jutawan kerana usuahnya sendiri tetapi adalah kerana dia adalah insan yang berwawasan tinggi dan komited serta rajin selain handsome macam Wak juga..heh..heh..

Dalam pengurusan masa, sekiranya anda mempunyai banyak tugasan yang perlu di lakukan dalam sehari, yang mana patut anda mulakan dulu?

Pakar pengurusan masa berpendapat bahawa anda patut mulakan tugasan yang paling BESAR dan paling SUSAH terlebih dahulu. Lakukannya di awal pagi sebelum melakukan tugasan-tugasan yang lebih kecil.

Hakikatnya, lebih ramai yang suka melakukan dan menyiapkan kerja-kerja kecil sehingga siap terlebih dahulu sebelum memulakan kerja yang besar.

Kebaikan memulakan kerja yang susah dahulu di awal pagi adalah, kebanyakan insan paling produktif di awal hari berbanding dengan lewat. Sekiranya kerja besar dilakukan pada lewat hari, produktif menurun dan masa yang diambil untuk menyiapkan kerja besar tersebut berganda-ganda!

Saya sendiri sering mengikuti petua ini dan mendapati produktiviti bertambah. Anda patut mencubanya! )

Kerja Keras!!!

Sering saya dengar keluhan ini:

Saya dah kerja keras bertahun-tahun… tapi sampai hari ni tak berjaya juga!

breakstones.gifUntuk menjawab keadaan ini sekiranya anda tergolong dalam keadaan ini, saya ingin ibaratkan sebagai kerja “pemecah batu”.

Zaman-zaman dulu, kalau nak pecahkan batu, perlu lakukan manually. Zaman sekarang guna machine… tapi, kita lihat zaman dulu lah ye.

So, zaman dulu, untuk memecah batu, perlu lakukan manually. Dengan penukul besar, pekerja perlu bertalu-talu mengetuk batu tersebut. Ketuk 10 kali… macam tu juga rupa batu tu. Ketuk 50 kali, macam tu juga rupa batu tu. Tak pecah pecah… ketuk 100 kali pun, tak pecah juga…

Tetapi, ketuk kali yang entah keberapa, terus batu tersebut pecah berkecai!

Walaupun, kesemua ketukan tersebut adalah pada kekuatan yang sama, maksudnya, bukan ketukan yang terakhir itu kuat daripada yang lain- semua sama kekuatan sahaja. Lambat laun, batu tersebut akan berpecah berkecai dengan satu ketukan sahaja- yang entah keberapa. Tetapi, ia akan mustahil pecah tanpa pukulan-pukulan sebelumnya!

Kejayaan anda juga perlu diibaratkan sebegitu. Kesemua usaha anda akan diambil kira- walaupun tak nampak dilihat kejayaannya atau pulangannya pada zahirnya, tetapi, ia perlu diteruskan secara konsisten sehingga anda jumpa “pukulan” terakhir tersebut! Pukulan terakhir tersebut akan menunjukkan hasil daripada kesemua uasaha-usaha anda sebelum ini.

Artikel ini saya ambil dari laman http://www.irfankhairi.com/blog/ untuk panduan dan motivasi tip kehidupan kita kini.

3 tahun 1 juta?

RENCANA UTAMA KOSMO: 11 APRIL 2008

==================================

TIGA TAHUN RM 1 JUTA

Bekerja hanya dari rumah dan berupaya mendapat pulangan yang besar sehingga mampu bergelar jutawan, begitulah yang dapat digambarkan tentang kerjaya seorang usahawan Internet. Benarkah ia semudah yang disangka? Kepada wartawan ADHAM SHADAN dan jurufoto ZAKARIA IDRIS, jutawan Internet muda, Irfan Khairi, 32, berkongsi cerita.

DIA tidak perlu meredah kesesakan lalu lintas untuk ke tempat kerja setiap hari. Dia juga tidak perlu bersemuka dengan pelanggan meski dia sebenarnya seorang peniaga. Perniagaannya juga begitu hebat kerana hanya dalam masa beberapa tahun mampu membuatkannya bergelar jutawan, satu gelaran yang diidami ramai.

Itulah secebis kisah mengenai seorang pemuda yang baru berusia awal 30-an, Irfan Khairi yang menceburi perniagaan Internet. Menurut Irfan, dia memerlukan tempoh tiga tahun sahaja untuk bergelar jutawan. Percaya atau tidak, dia hakikatnya meraih gelaran tersebut ketika berusia 25 tahun, iaitu kira-kira tujuh tahun lalu.

Dia sekurang-kurangnya telah membuktikan bahawa Internet bukan sekadar wahana untuk mengaut informasi atau saluran untuk berhibur, tetapi juga medan untuk ‘membuat duit’.

**********************

Bukan ‘membuat duit’ seperti terlibat dengan skim cepat kaya atau pelaburan yang tidak sah, ia sebaliknya satu perniagaan yang sama seperti perniagaan lain, menjual barangan atau perkhidmatan.

Bezanya, ia menerusi perantaraan Internet.

Mula melangsungkan perniagaan Internet pada tahun 1999 ketika masih menuntut di Universiti Staffordshire, Britain dalam bidang reka bentuk multimedia, Irfan Khairi mengusahakan perkhidmatan mereka bentuk kulit buku, laman web, logo, banner dan produk seperti buku dan peta Malaysia.

“Alhamdulillah, selepas tiga tahun mengusahakan perniagaan Internet, saya berjaya meraih RM1 juta menerusinya sahaja,” kata Irfan, 32, ketika ditemui Kosmo! di kediamannya di Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Irfan mengambil keputusan meninggalkan pekerjaannya sebagai perunding multimedia di sebuah syarikat terkenal di Britain setelah melihat dia mampu memiliki pendapatan yang jauh lebih baik menerusi perniagaan Internet.

“Sebenarnya, ketika memulakannya lagi saya sudah yakin yang cara ini akan berjaya. Semakin mengujakan apabila saya lihat tempahan datang dari merata tempat di dunia. Misalnya dari Amerika Syarikat, Jepun dan Australia,” kata anak kelahiran Ipoh, Perak ini.

Tambahnya lagi, kini dia, komputer dan Internet ibarat tidak boleh dipisahkan. Dalam milikannya sahaja, ada lima buah komputer.

Bunyi kerjanya seakan mudah. Sebahagian besar masa di rumah dan hanya menghadap komputer untuk mengakses Internet. Adakah ia sesenang yang disangka?

Irfan menegaskan: “Saya bekerja keras untuk dapatkan ini. Bukan goyang kaki sahaja.”

Ceritanya, dia bekerja dari pagi sampai ke malam dan dari Isnin sampai Ahad. Selain itu, dalam tempoh tiga tahun itu terutamanya, dia selalunya cuma tidur tiga hingga empat jam, selebih masanya bersengkang mata di hadapan komputer menyiapkan tempahan-tempahan grafik dan sebagainya.

**********************

“Malahan, pada tahun pertama saya memulakannya, saya sekadar dapat tiga orang pelanggan! Tapi saya tidak berputus asa dan memperbanyakkan membaca buku mengenai perniagaan Internet dan menghadiri ceramah-ceramah berkenaan perniagaan Internet.

“Hasilnya, mulai tahun kedua saya mampu mendapatkan RM2,000 ke atas sehari.”

Pengalamannya itu sendiri boleh menjadi ukuran akan potensi perniagaan Internet pada masa ini.

“Bayangkan, yang saya boleh dapat RM2,000 sehari itu ketika perniagaan melalui Internet belum berkembang. Pada masa itu, pengguna Internet hanya 500 juta orang.

“Tetapi kini pengguna Internet adalah 1.3 bilion dan sudah tentu perniagaan ini mampu memberikan pulangan yang besar buat pengusahanya.

“Lagi pula, sekarang perniagaan atau urusan juga sudah semakin sebati dengan Internet. Bayar saman pun sudah boleh secara dalam talian,” katanya sekali gus berbicara soal potensi perniagaan Internet.

Jelas Irfan lagi, kelebihan perniagaan Internet adalah dari segi bekerja di rumah dan kos yang rendah.

“Kalau kita meniaga di kedai, paling kurang hendak kena bayar sewa tapak, mungkin RM1,000 sebulan. Namun untuk perniagaan Internet anda cuma perlu memperuntukkan RM15 sebulan untuk sewa letak laman web atau web hosting. Selebihnya mungkin bayaran penggunaan Internet, telefon dan elektrik.

“Masa di rumah juga lebih banyak, dan dapat meluangkan lebih masa dengan keluarga. Saya pun tidak ada orang gaji,” kata lelaki yang sudah berumah tangga dan dikurniakan tiga orang cahaya mata ini.

Menyentuh sedikit tentang personalitinya, apa yang boleh dikatakan, dia nampak begitu bersederhana. Pendek kata, gelaran jutawan tidak mengubah dirinya dan dia masih seperti dulu.

Dia selesa berbaju T ketika ditemui tempoh hari dan kenderaan mewah seperti BMW atau Mercedes bukan dalam senarai milikannya.

“Mahu kaya bukan kerana mata duitan. Tetapi kerana ia mampu membantu kita dalam kehidupan. Contohnya, membantu kita untuk mendapatkan rawatan yang terbaik bila sakit dan membantu kita mendapatkan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak,” katanya.

**********************

Apa pun, sesuatu itu tidak mungkin bisa terjadi tanpa minat yang mendalam dan dorongan motivasi yang ampuh. Irfan telah menanam dalam diri untuk menjadi jutawan pada usia 30 tahun ketika berumur

18 tahun lagi.

Dia banyak menghabiskan masa membaca buku-buku motivasi sejak usia remaja lagi. Buku seperti Think and Grow Rich oleh Napoleon Hill adalah antara buku yang telah memberinya inspirasi.

Penglibatannya dalam perniagaan Internet juga banyak disumbangkan oleh minatnya menjadi ahli perniagaan yang terpupuk sejak mengikuti pengajian dalam bidang ekonomi di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Lukisan serta seni reka pula sememangnya telah menjadi kegemarannya sejak kecil lagi dan semakin bercambah apabila melanjutkan pengajian multimedia di Britain.

“Misi saya kini ialah untuk memberi motivasi kepada orang lain agar mereka dapat mencari kekuatan diri sendiri dan menggunakannya untuk membuat duit,” katanya yang telah menulis beberapa buku, mengadakan ceramah perniagaan Internet, mempunyai program di radio dan televisyen.

“Berniaga sememangnya kunci untuk menjadi kaya dan dianggarkan 74 peratus jutawan dunia datang daripada bidang perniagaan. Perniagaan Internet pula mempunyai potensi yang amat besar untuk berjaya.

“Cuma cabarannya ialah bagaimana untuk kita meyakinkan khalayak tentang produk dan perkhidmatan kita kerana kita tidak bersemuka dengan mereka dan mereka tidak boleh memegang atau merasa produk kita. Mereka hanya boleh melihat fotonya di monitor komputer,”

ujarnya.

-Kosmo 11 April

Di Atas petikan dari Akhbar Kosmo yang menceritakan bagaimana seorang anak mudayang berwawasan tinggi merealisasikan impiannya menjadi kenyataan…Wah…sekali wak fikir begitu senang ya mencari wang begitu banyak di Malaysia yang tercinta ini..

Berbagai cara dan usaha sebenarnya boleh dilakukan untuk menambah sumber kewangan kita demi untuk meneruskan kehidupan kita dan keluarga tersayang di bumi Malaysia yang kaya ini.Hanya dengan sedikit  usaha sahaja dan istiqomah melakukannya insaallah usaha kita akan diberkati.Tidak perlulah kita berdemo sana sini,berdebat itu tidak adil,ini tidak patut dan berbagai-bagai lagi alasan bagi menutup kekurangan kita dan memuaskan hati kita yang membara dan tertekan dengan kehidupan kini.

Adalah menjadi satu kerugian buat kita kerana di bumi ini terhambur segala macam bentuk rezeki yang diberi oleh Allah kepada kita dan terpulang kepada hambaNya menfaatkan pemberianNya ke jalan Allah.Oleh sebab itu rezeki yang kita terima hendaklah di shukuri dan diredhai selain dari kita beringat bahawa rezeki itu bukan milik mutlak kita sepenuhnya,Sebahagiannya merupakan milik saudara kita yang miskin,tidak berdaya,anak-anak yatim dan mereka yang memerlukannya.Apalah salahnya memberikan hanya sedikit dari rezeki kita tidak akan menjejaskan langsung rezeki kita malah Allah akan membalasnya 10 kali ganda lebih banyak sebagaimana daripada cerita sirah Rasullullah S.A.W.

Wassallam.

Yayasan Pembangunan Nurhikmah-Bantulah pada yang memerlukan.

Laman web Yayasan Pembangunan Nurhikmah http://www.nurhikmah.org.my

KANAK-KANAK dilahirkan umpama kain putih yang memerlukan ibu bapa dan insan sekeliling untuk mencorakkannya, samada mahu membentuk mereka menjadi insan yang berilmu, beriman atau sebaliknya.

Anak-anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya dan mereka dilahirkan ke muka bumi ini untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan di samping menerima didikan dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka.

Sejak kecil mereka diberikan kasih sayang dan belaian yang tiada nilainya supaya mereka tahu untuk menghargainya apabila dewasa kelak. Sebagai ibu bapa, jangan ada rasa benci atau halangan untuk mencurahkan sepenuhnya kasih sayang terhadap anak mereka, supaya mereka tidak merasa terpinggir.

Sesibuk manapun seorang ibu atau bapa itu dengan kerjaya masing-masing, anak-anak tidak sepatutnya diabaikan. Walaupun diupah pengasuh untuk menjaga makan minum si anak, namun sebenarnya anak-anak lebih memerlukan perhatian daripada kedua ibu bapa mereka.

Anak-anak kecil mahukan belaian kasih sayang daripada insan yang melahirkan mereka, menyuapkan makan dan minum serta menidurkan mereka dan bukannya hanya wang ringgit semata-mata.

Namun, kisah penderaan kanak-kanak sering menjadi isu tatkala berlaku kes ini sehingga melibatkan kehilangan sebuah nyawa insan yang masih kerdil dan tidak berdosa.

Kita juga sering kali diperihalkan mengenai kisah kanak-kanak yang didera di media elektronik dan media massa sehingga mengusik naluri setiap insan.

Tiap kali berita seperti ini dipaparkan, ramailah yang mengutuk perlakuan insan yang tidak berhati perut ini. Reaksi terhadap perbuatan tidak berperikemanusiaan menjadi lumrah, namun ia tidak dapat membantu mengurangkan gejala ini.

Kes penderaan kanak-kanak ini sering dikaitkan dari segi mental mahupun fizikal. Akibat didera secara fizikal seperti dipukul, disimbah minyak panas dan ada dicucuh puntung rokok ataupun ubat nyamuk, akan meninggalkan parut-parut luka.

Malah, ada ibu bapa yang lebih kejam sehingga mereka sanggup menekap seterika panas di badan anak kecil ini tanpa ada rasa belas kasihan malah hanya membiarkan anak kecil ini menangis menahan rasa sakit yang tidak terhingga.

Penderaan dari segi mental juga meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diri mangsa malah tiada ubat untuk mengubati kesan yang dialami. Jika dibiarkan ia akan menyebabkan tekanan dan gangguan mental serta tekanan jiwa yang menganggu proses pembesaran apabila mereka meningkat dewasa kelak.

Selain itu, ada juga penderaan yang melibatkan gangguan atau deraan seksual seperti rogol, cabul, mahupun liwat.

Apabila sudah tidak tahan lagi dengan penderaan dan tekanan anak-anak ini mencari peluang untuk melarikan diri dari jagaan keluarga. Jika mereka melarikan diri untuk menumpang dengan ahli keluarga yang lain, mereka akhirnya akan dikembalikan kepada penjaga asal.

Apa yang mereka lakukan ialah lari dan berlindung dengan orang yang tidak mereka kenali. Jika mereka bernasib baik mereka akan dihantar ke rumah jagaan atau rumah perlindungan.

Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (No. Pendaftaran 646393-A) ditubuhkan bagi membantu anak-anak yatim, miskin serta anak terbiar.

Pada masa ini pihak yayasan sedang menjalankan berbagai program bagi mempertingkatkan kemudahan asas, peningkatan tahap pendidikan serta pembangunan insan bagi beberapa buah rumah jagaan anak-anak yatim, miskin serta anak terbiar di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

Rumah-rumah tersebut ialah Rumah Nurul Iman di Manjoi, Ipoh, Perak , Pondok Penyayang Raudah, Gombak, Selangor, Rumah Jagaan Nur Hikmah Kajang , Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Sri Sabah dan Rumah Jagaan Darul Qana’ah Gombak, Kuala Lumpur. Beberapa buah lagi rumah jagaan juga sedang dalam proses untuk dimasukkan didalam program sokongan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.


MELALUI MAYBANK

Anda dijemput menyalurkan sumbangan untuk anak-anak ini melalui Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 , letakkan alamat email presiden@nurhikmah.org.my.

MELALUI CIMB ONLINE

Caranya ialah :

1. Login ke https://www.cimbclicks.com.my/

2. Pilih Pay Bills

3. Pilih Akaun Anda (Payment From)

4. Pilih Payment To >> Payee List

5. Pilih Yayasan Pembangunan Nur Hikmah

6. Masukkan Nama Anda (optional)

7. Masukkan Contact No. (optional)

8. Masukkan Jumlah

9. Tekan Submit

——————————————————-

YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH

No. Pendaftaran : 646393-A

No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,

Taman Mesra,

43000 Kajang,

Selangor Darul Ehsan.

Telefon / Fax : 03-87332411

Laman web : www.nurhikmah.org.my

EMAIL : presiden@nurhikmah.org.my

Yahoo Group: http://groups.yahoo.com/group/nurhikmah/

—————————————————————————————————————

AMARAN :

Pihak Yayasan Pembangunan Nur Hikmah tidak pernah melantik mana-mana pihak atau mengeluarkan surat kebenaran atau apa-apa surat rayuan kepada pihak ketiga bagi memungut derma atas nama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah atau Khidmat Nur Hikmah. Sebarang sumbangan hendaklah dibuat terus kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah samada melalui cek atau secara online ke Akaun Maybank 564306010030.

Sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila email kepada presiden@nurhikmah.org.my atau telefon 019-2158 827 (24 jam) .

Mengurus wang dengan bijak

3 Langkah Mengurus Wang Anda Dengan Bijak

EkonomiOleh Isteri

 Aku bukanlah seorang yang bijak dalam bidang perakaunan. Malah masa muda-muda dulu aku paling hampeh dengan subjek akaun. First time aku mula belajar bukak buku akaun masa amik subjek Kemahiran Hidup (KH) di form 2. Time tu jelah, lepas belajar timbang akaun, buka buku ini, buku itu, ada akaun beregulah..entah apa2 tah..last2 aku terus tak minat nak amik subjek akaun after PMR walaupun aku hebat bab2 math dan add math after aku merangkak ke peringkat SPM. (biasalah hebat ngapal formula)

So kali ni, aku nak tory untuk mengaplikasikan pengurusan kewangan tanpa perakaunan, khas untuk alam rumah tangga melalui cara enden yang tersendiri…

Langkah 1- Tentukan Matlamat Kewangan
Setiap kali kita buat sesuatu, tentu saja tidak lari dari perkataan MATLAMAT atau dengan bahasa kasarnya TUJUAN.

Matlamat kewangan seharusnya menggambarkan perkara yang ingin di kecapi dengan wang dalam jangka masa tertentu. Sebagai contoh mudah yang boleh di jadikan matlamat:

  • membeli rumah ketika berumur 25 tahun
  • membeli kereta MPV ketika berumur 30 tahun
  • menunaikan ibadat haji ketika berumur 35 tahun
  • menikah lagi satu ketika berumur….(hampeh punya matlamat)

Langkah 2 – Menjejaki Mana Perginya Wang Anda
Setelah matlamat berada di dalam gengaman minda anda, mulakan hidup anda dengan membuat perancangan perbelanjaan harian anda agar matlamat anda mudah dicapai.

Sebagai contoh mudahnya, listkan perbelanjaan harian anda setiap bulan. Mulakan list perbelanjaan anda dengan panduan mudah berikut:

  • Tentukan jumlah pendapat bulanan anda
  • Tambah jumlah perbelanjaan termasuklah bil bulanan (telephone, streamyx, api, air), bayaran balik pinjaman (kereta, rumah), sewa (rumah), perbelanjaan seharian (tesco, giant, carrefour, pasar malam) dan lain-lain (tengok wayang, makan luar, minyak petrol, beli barang kemas, rokok..)
  • Ketepikan sejumlah wang untuk kecemasan dan perbelanjaan bermusim (seperti yuran sekolah, duit raya untuk musim perayaan, cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain)

List ini boleh membantu anda mengenal pasti tabiat berbelanja sekaligus merancang kewangan anda. Selain itu melalui perancangan ini juga, anda dapat mengetahui:

  • Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda?
  • Berapa banyak hutang tertunggak anda setiap bulan (hutang credit card, hutang kereta, hutang streamyx, hutang telephone…)?
  • Berapa baki wang gaji anda untuk di simpan yang masih tinggal di penghujung bulan?

 Langkah 3 – Menilai Tabiat Berbelanja
Jika poket/ wallet anda sudah kering atau dengan kata mudahnya wang anda tidak berbaki pada penghujung setiap bulan, sudah tiba masanya untuk anda menilai dan menaaruf semula tabiat berbelanja anda dan seisi keluarga. Teliti semula semua perbelanjaan dan tentukan sama ada apa yang telah anda beli ialah barangan yang anda benar-benar perlukan atau hanyalah memenuhi keinginan nafsu serakah anda.

Jika semasa sesi taaruf, anda dapati melakukan perkara-perkara di bawah…..

  • Menggunakan simpanan untuk membayar bil semasa
  • Memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lama
  • Berhutang lebih besar daripada pendapatan
  • Membeli sesuatu tanpa memikirkan sama ada anda mampu atau tidak

……nasihat saya… insaf dan ubahlah tabiat berbelanja anda dan kurangkanlah perbelanjaan yang tidak-tidak itu.

http://www.tkodaily.net/

Internet Business?Benarkah dapat menjana duit?

Salam Sejahtera…

Sekian lama wak melayari internet semenjak dari tahun mula-mula meletup internet di Malaysia dan juga setelah wak terjun dalam bidang ICT baru kali ini wak mula mengkaji apakah benar internet boleh mendatangkan wang yang banyak jika betul dgn caranya.

Wak juga telah membaca banyak artikel yang datang dari email spam terutamanya(kadang2 wak pun dah tak larat nak padam) jadi adalah terbaca 1 ke 2 email mereka ni mengajak masuk ke dalam skim itu ini yang merosakkan pemikiran rakyat khasnya org Melayu yang mudah tercebak dlm kes mudah mencari wang tanpa usaha yang nyata.Apatah lagi skim cepat kaya di internet seperti Swis Cash dan lain-lain mengakibatkan  pengeluaran wang kita sehingga berjuta duit rakyat Malaysia mengalir keluar negara.Nasib baik kerajaan cepat bertindak dan dapat menyekat pengaliran wang ke luar negara yang pastinya lebih merugikan rakyat dan negara.Akan tetapi nampaknya skim tersebut dah mula bertapak kembali sedikit demi sedikit tanpa kita sedari dan pihak yang berkenaan patut memantau keadaan ini dari masa ke semasa.

Wah..nampaknya wak dah membebel jauh nih..bicara pasal negara pulak?Walhal wak bukan ahli politik atau siapa-siapa..Apapun wak hanya ingin supaya anak-anak muda kita yang kini amat terer berbahasa sms hingga kadang-kadang dalam email pun bahasa sebegitu membuat kan wak terasa pening memikirkan apakah mereka ini hanya mahu menyampaikan maklumat sesama mereka atau untuk semua orang?Sememangnya Wak sukar faham bahasa sebegitu cuma tahu sedikit sahaja hasil pemerhatian dan pembelajaran Wak sendiri.Apapun Wak berharap mereka ini dapat membezakan tulisan dan bahase mereka semasa di dalam peperiksaan,tapi menurut teman Wak kadang-kadang budak-budak ni terkantoi jika semasa karangan terselit satu dua bahasa ringkas seperti “macam” ditulis “cam”,mereka ditulis mrk aje menyebabkan markah mereka ditolak.Itulah akibat teknologi jika tak dapat beza akan memusnahkan generasi kita…wah..Wak membebel lagi ni..dah banyak dalam otak ni hanya tunggu masa terhambur keluar aje..OK kita pergi ke topik asal..

Apa yang membanggakan Wak ialah penglibatan anak-anak muda yang amat aktif  dalam hal  perniagaan internet ni atau di panggil e-dagang  yang sebenarnya.Nama-nama mereka ini seperti  Irfan Khairi,Zamri Nanyan,Zulpadli,Saifulsyam  dan lain-lain begitu terserlah dalam perniagaan berlandaskan Internet Business sehingga mereka dapat memberikan lebih peluang kepada orang lain seperti golongan macam Wak ni yang hanya reti “mentenet” membaca hal-hal politik semasa dan lain-lain tanpa menyedari bahawa wang ada di hadapan mereka.

Sememang benar internet banyak memudahkan perniagaan dan memang benar Internet boleh menjana wang jika betul caranya.Nak tahu layari laman-laman mereka yang dah berjaya ini dan jangan terkejut mereka ini adalah anak muda yang berwawasan tinggi dan menjadi jutawan senyap hanya dengan berniaga di internet.Wak baru nak bermula dan walaupun agak terlewat tapi tak semestinya kita tak mencuba.Kata pepatah Ingeris “Better late than never”.

Wassallam

http://www.videopercuma.com/r/waksab/home.html

http://www.saudagar.com.my/

http://rahsia.bisnesdigital.com/