Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil – Sangat Menarik lagi benar!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri  selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat,  masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

Apabila  pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat,  kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam  kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU  manusia mula mengubah tabiat.


Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi  ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat,  orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik  bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin  nak kaya cepat,  orang tua pula nak mati lambat.
Apabila  orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai  baju ketat..
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan  lagi batasan aurat.

Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda ‘ bulat ‘
.

Bila  jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.


Silap gaya jadi  gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian  pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai  tersekat-sekat.


Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan  malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita ‘ bukti ‘ lah kita  buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis  dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.

Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia  kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.

Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para  sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa
mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua  akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu,  sindri mau ingat.


Umur mu banyak mana mu buat ibadat…?
Zaman  muda mu, apa yang telah mu buat…?
Harta benda anta, dari mana anta  dapat…?
Ilmu anta, adakah anta manafaat…?



Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
(Petikan  ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa
)

Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga,  saudara-mara, rakan-rakan dan
sahabat handai kita agar masyarakat
kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi
duniawi malah ukhrawi

Syawal 1429H yang di nanti..


Syawal 1429H
Dilulus terbit pada Friday, October 03 @ 23:30:48 MYT oleh greenboc
ArtikelOleh bumihijaukuning

…Allah telah memberkati kamu dengan dua hari yang lebih baik iaitu Aidul Fitri dan Aidul Adha. Kedua hari ini adalah untuk makan-makan dan minum-minum,bergembira bersama dan mengingati Allah.’

Ramadhan berlalu sudah, Syawal pula menjelang tiba sebagai tanda berakhirnya ibadat puasa yang merupakan rukun Islam yang ke empat. Moga setiap amalan yang dikerjakan di bulan Ramadhan berterusan dilaksanakan sehingga bertemu yang seterusnya,insyaAllah.

Syawal merupakan bulan kemenangan bagi seluruh umat Islam setelah berjaya menahan nafsu amarah, dari lapar,dahaga serta mengawal anggota badan daripada melakukan perkara yang dilarang. Namun tidak bermakna berakhirnya Ramadhan di situlah juga penamat kepada segala amalan yang dilakukan bahkan seharusnya ia menjadi pemangkin diri bagi setiap individu muslim untuk terus berada dalam nikmat ketenangan yang telah dirasai semasa Ramadhan dengan meneruskan dan meningkatkan lagi amal ibadat.

Antara penerusan amalan yang boleh dilaksanakan di bulan Syawal ini adalah puasa Enam, sabda Rasulullah s.a.w : ‘Jika seseorang berpuasa semasa Ramadhan kemudian mengikuti dengan enam hari Syawal,ia adalah seperti berpuasa sepanjang tahun.’ (RIwayat Muslim). Oleh itu marilah kita bersama-sama usahakan untuk melaksanakan puasa enam ini di sepanjang bulan Syawal.Selain itu, Syawal juga merupakan peluang untuk umat Islam berkumpul dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim serta bermaaf-maafan sesama kita.

“Kamu akan melihat orang-orang yang beriman saling berkasih sayang, saling mencintai, saling mengasihi yaitu bagaikan satu tubuh. Apabila satu anggota saja sakit, maka tertariklah bagian anggota yang lain ikut sakit dengan tidak dapat tidur dan badan panas” (HR. Bukhari Muslim). Walaupun hari raya merupakan masa untuk kita bergembira namun kita perlu mengingati mereka yang kurang bernasib baik berbanding diri kita;mereka yang fakir, miskin dan juga saudara kita di Palestin, Sudan, Kemboja dan di mana jua. Moga ia dapat menambah lagi rasa bersyukur kita serta menggerakkan hati dan anggota untuk bersama-sama membantu mereka yang di dalam kesusahan.

Di bulan yang mulia ini juga sebagai seorang hamba yang beriman kita perlu memperbanyakkan memuji kebesaran Sang Maha Pencipta. “Dan sempurnakanlah puasa kamu mengikut bilangan dari dalam bulan Ramadhan (29 hari atau30 hari) dan bertakbirlah (membesarkan Allah s.w.t.) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, semoga kamu bersyukur.” (Surah al-Baqarah:185)

Oleh itu para sahabat yang dikasihi, janganlah segala usaha dan amalan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan disia-siakan begitu sahaja, terusanlah untuk menggapai redha dan rahmat Allah swt, bertakbir,bertahmid dan berzikir lah memuji kebesarannya dan berdoalah agar ditetapkan iman di hati lebih-lebih lagi syaitan yang dibelenggu ketika Ramadhan telah dilepaskan dan kembali untuk meracuni hati hamba-hambaNYA.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, La ilaha illa Allah, Allahu Akbar wa lillahi-l-hamd




Ramadan yang dirindukan

15 alasan rindukan Ramadan

Salamun’alaik Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh…

Segala puji-pujian kehadrat Allah subhanahu wata’ala. Kepada-Nya kita menyembah. Salam serta selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.

Hari ini kita sedang melalui hari ke 27 dalam bulan Ramadan. Dalam dua-tiga hari lagi, kita akan meninggalkan. Tanpa kita sedari, Ramadan sudah hampir meninggalkan kita semua. Adakah kita telah memanafaatkan setiap detik yang ada di sepanjang 27 hari Ramadan? Fajar 1 syawal pula bakal menjelang dalam waktu yang amat dekat.

Kita tentu sibuk mengejar masa merebut peluang untuk beribadah dalam masa yang masih tersisa. Bagaimana perasaan kita? Sedih kita kerana bulan yang penuh berkat dan rahmat akan pergi, pernahkah kita terfikir, mungkinkah ini Ramadan yang terakhir untuk kita? Entah kita akan dapat bertemu dengannya lagi, tidak kita ketahui. Gembira kita kerana, insya Allah kita akan dapat melaksanakan perintah Allah menyempurnakan Rukun Islam yang ke tiga. Bagi yang benar-benar menghayati bulan yang mulia ini, pasti akan terasa bulan istimewa ini semakin hampir ke penghujungnya. Seperti seorang kekasih, selalu diharap kedatangannya. Rasanya tidak ingin berpisah walaupun hanya cuma sedetik. Begitulah Ramadan seperti digambarkan sebuah hadis yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah, “Andaikan tiap hamba mengetahui apa yang ada dalam Ramadan, maka ia bakal berharap satu tahun itu puasa terus.”

>
Sesungguhnya, apa adanya di dalam Ramadan itu, ikutilah berikut ini:

1. Gelaran taqwa

Taqwa adalah gelaran tertinggi yang dapat diraih manusia sebagai hamba Allah. Tidak ada gelaran yang lebih mulia dan tinggi dari itu. Maka setiap hamba yang telah mampu meraih gelaran taqwa, ia dijamin hidupnya di syurga dan diberi kemudahan-kemudahan di dunia. Dan puasa adalah infrastructure untuk mendapatkan gelaran taqwa itu.

“Hai orang-orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” QS al-Baqarah: 183

Kemudahan-kemudahan yang diberikan Allah kepada hambanya yang taqwa, antara lain:

a. Jalan keluar dari semua masalah

Kemampuan manusia amat terbatas, sementara persoalan yang dihadapi begitu banyak. Mulai dari masalah dirinya, anak, isteri, saudara, orang tua, pejabat dan sebagainya. Tapi bila orang itu taqwa, Allah akan menunjukkan jalan bagi persoalan itu. Bagi Allah tidak ada yang sulit, kerana Dialah pemilik kehidupan ini.

“…Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.” QS. Ath Thalaaq: 2

“…Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.” QS. Ath Thalaaq: 4

b. Dicukupkan keperluannya

“Dan memberinya rezeki dari arah yang tak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya….” QS. Ath Thalaaq: 3

c. Ketenangan jiwa, tidak khuatir dan bersedih hati

Bagaimana boleh bersedih hati, bila di dalam dadanya tersimpan Allah. Ia telah menggantungkan segala hidupnya kepada Pemilik kehidupan itu sendiri. Maka orang yang selalu mengingat-ingat Allah, ia bakal memperoleh ketenangan.

“Hai anak-anak Adam, jika datang kepadamu rasul-rasul daripada kamu yang menceritakan kepadamu ayat-ayat-Ku, maka barangsiapa bertaqwa dan mengadakan perbaikan, tidaklah ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” QS. al-A’raaf: 35

2. Bulan pengampunan

Tidak ada manusia yang tiada berdosa, sebaik manapun dia. Sebaik-baik manusia bukanlah yang tanpa dosa, sebab itu tidak mungkin terjadi. Manusia yang baik adalah yang paling sedikit dosanya, lalu bertaubat dan berjanji tidak mengulangi perbuatan dosa itu lagi.

Kerana dosa manusia itu, maka Allah telah menyediakan alat penghapus yang canggih. Itulah puasa pada bulan Ramadan. Beberapa hadith menyatakan demikian, salah satunya diriwayatkan Bukhari Muslim dan Abu Daud, “Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadan kerana keimanannya dan kerana mengharap redha Allah, maka dosa-dosa sebelumnya diampuni.”

3. Pahalanya dilipatgandakan

Tidak hanya pengampunan dosa, Allah juga telah menyediakan bonus pahala berlipat-lipat kepada sesiapapun yang berbuat baik pada bulan mulia ini. Rasulullah bersabda, “Setiap amal anak keturunan Adam dilipatgandakan. Tiap satu kebaikan sepuluh lipat gandanya hingga tujuh ratus lipat gandanya.” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Bahkan amalan-amalan sunnah yang dikerjakan pada Ramadan pahalanya dianggap sama dengan mengerjakan amalan wajib. (Hadis riwayat Bahaiqi dan Ibnu Khuzaimah)

Maka perbanyakkanlah amal dan ibadah.

4. Pintu syurga dibuka dan neraka ditutup

“Kalau tiba bulan Ramadan terbuka pintu syurga, tertutup pintu neraka, dan syaitan-syaitan terbelenggu.” (Hadis riwayat Muslim)

Kenapa pintu syurga terbuka? Kerana sedikit sahaja amal perbuatan yang dilakukan, boleh membawa seseorang itu ke syurga. Boleh diibaratkan, bulan puasa itu bulan “Sale”. Orang yang tidak membeli akan merasa rugi. Amal sedikit saja dilipatgandakan ganjarannya sedemikian banyak. Ganjaran itu untuk mendorong orang melakukan amal-amal kebaikan di bulan Ramadan. Dengan demikian secara automatik pintu neraka tertutup dan tidak ada lagi kesempatan untuk syaitan menggoda manusia.

5. Ibadah istimewa

Keistimewaan puasa ini dikatakan Allah melalui hadis qudsinya, “Setiap amalan anak Adam itu untuk dirinya, kecuali puasa. Itu milik-Ku dan Aku yang membalasnya kerana ia (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Aku.” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Menurut Quraish Shihab, ahli tafsir dari IAIN Syarif Hidayatullah Jakarta, puasa dikatakan untuk Allah dalam erti untuk menauladani sifat-sifat Allah. Itulah substance puasa.

Misalnya, dalam bidang jasmani, Allah tidak makan, tapi memberi makan. Itu ditauladani, maka ketika berpuasa kita tidak makan, tapi kita memberi makan. Kita dianjurkan untuk mengajak orang berbuka puasa. Ini tahap dasar menauladani Allah.

Masih ada tahap lain yang lebih tinggi dari sekadar itu. Maha Pemurah adalah salah satu sifat Tuhan yang seharusnya juga kita tauladani. Maka dalam berpuasa, kita dianjurkan banyak bersedekah dan berbuat kebaikan. Tuhan Maha Mengetahui. Maka dalam berpuasa, kita harus banyak belajar. Belajar boleh melalui membaca Al-Qur’an, membaca kitab-kitab yang bermanfaat, meningkatkan pengetahuan ilmiah.

Allah SWT setiap saat sibuk mengurus makhluk-Nya. Dia bukan hanya mengurus manusia. Dia juga mengurus binatang. Dia mengurus semut. Dia mengurus rumput-rumput yang bergoyang. Manusia yang berpuasa menauladani Tuhan dalam sifat-sifat ini, sehingga dia harus selalu dalam kesibukan.

Perlu ditekankan menauladani Tuhan itu sesuai dengan kemampuan kita sebagai manusia. Kita tidak mampu untuk tidak tidur sepanjang malam, tidurlah secukupnya. Kita tidak mampu untuk terus-menerus tidak makan dan tidak minum. Kalau begitu, tidak makan dan tidak minum cukup sejak terbitnya fajar sampai tenggelamnya matahari saja.

6. Dicintai Allah

Nah, seseorang yang meneladani Allah sehingga dia dekat kepada- Nya. Bila sudah dekat, minta apa saja akan mudah dikabulkan. Bila Allah telah mencintai hambanya, dilukiskan dalam satu hadis Qudsi, “Kalau Aku telah mencintai seseorang, Aku menjadi pendengaran untuk telinganya, menjadi penglihatan untuk matanya, menjadi pegangan untuk tangannya, menjadi langkah untuk kakinya.” (Hadis riwayat Bukhari)

7. Doa dikabulkan

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, katakanlah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang berdoa apabila dia berdoa, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku.” QS. al-Baqarah: 186

Memperhatikan penyusunan kalimah ayat di atas, bererti ada orang berdoa tapi sebenarnya tidak berdoa. Iaitu doanya orang-orang yang tidak memenuhi syarat. Apa syaratnya? “maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku.”

Benar, berdoa pada Ramadan mendapat tempat khusus, seperti dikatakan Rasulullah SAW, “Tiga doa yang tidak ditolak; orang berpuasa hingga berbuka puasa, pemimpin yang adil dan doanya orang teraniaya. Allah mengangkat doanya ke awan dan membukakan pintu- pintu langit. ‘Demi kebesaranKu, engkau pasti Aku tolong meski tidak sekarang.” (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Namun harus diingat bahawa segala makanan yang kita makan, kesucian pakaian, kesucian tempat, itu mempunyai hubungan yang erat dengan pengabulan doa. Nabi pernah bersabda, ada seorang yang sudah lusuh pakaiannya, kusut rambutnya berdoa kepada Tuhan. Sebenarnya keadaannya yang lusuh itu dapat membawa doanya dia diterima. Tapi kalau makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya yang dipakainya diambil dari barang yang haram, bagaimana dapat dikabulkan doanya?

Jadi doa itu berkait erat dengan kesucian jiwa, pakaian dan makanan. Di bulan Ramadan jiwa kita diasah hingga bersih. Semakin bersih jiwa kita, semakin tulus kita, semakin bersih tempat, pakaian dan makanan, semakin besar kemungkinan untuk dikabulkan doa.

8. Turunnya Lailatul Qadar

Pada bulan Ramadan Allah menurunkan satu malam yang sangat mulia. Tersangat mulianya Allah menggambarkan malam itu nilainya lebih dari seribu bulan. QS. al-Qadr

Dikatakan mulia, pertama lantaran malam itulah awal Al-Qur’an diturunkan. Kedua, begitu banyak anugerah Allah diturunkan pada malam itu.

Beberapa hadis sahih meriwayatkan malam laulatul qadar itu jatuh pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Seperti dirawikan Imam Ahmad, “Lailatul qadar adalah di akhir bulan Ramadan tepatnya di sepuluh terakhir, malam kedua puluh satu atau dua puluh tiga atau dua puluh lima atau dua puluh tujuh atau dua puluh sembilan atau akhir malam Ramadan. Barangsiapa mengerjakan qiyamullail (solat malam) pada malam tersebut kerana mengharap redha-Ku, maka diampuni dosanya yang lampau atau yang akan datang.”

Mengapa di akhir Ramadan, bukan pada awal Ramadan Oleh kerana dua puluh malam sebelumnya kita mengasah dan mengasuh jiwa kita. Itu adalah suatu persiapan untuk menyambut lailatul qadar.

Ada dua tanda lailatul qadar. Al Qur’an menyatakan, “Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan/kedamaian sampai terbit fajar. QS al-Qadr: 4-5

Malaikat bersifat ghaib, kecuali bila berubah bentuk menjadi manusia. Tapi kehadiran malaikat dapat dirasakan. Syekh Muhammad Abduh menggambarkan, “Kalau anda menemukan sesuatu yang sangat berharga, di dalam hati anda akan tercetus suatu bisikan, ‘Ambil barang itu!’ Ada bisikan lain berkata, ‘Jangan ambil, itu bukan milikmu!’

Bisikan pertama adalah bisikan syaitan. Bisikan kedua adalah bisikan malaikat.” Dengan demikian, bisikan malaikat selalu mendorong seseorang untuk melakukan hal-hal positif. Jadi kalau ada seseorang yang dari hari demi hari sisi kebajikan dan positifnya terus bertambah, maka yakinlah bahawa ia telah bertemu dengan lailatul qadar.

9. Meningkatkan kesihatan

Sudah banyak terbukti bahawa puasa dapat meningkatkan kesihatan. Misalnya, dengan puasa maka organ-organ pencernaan dapat beristirahat. Pada hari biasa alat-alat pencernaan di dalam tubuh bekerja keras. Setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh memerlukan proses pencernaan lebih kurang lapan jam. Empat jam diproses di dalam perut dan empat jam di usus kecil (ileum).

Jika malam sahur dilakukan pada pukul 4.00 pagi, bererti pukul 12 tengahari alat pencernaan selesai bekerja. Dari pukul 12 tengahari sampai waktu berbuka, lebih kurang selama enam jam, alat pencernaan mengalami istirehat total.

Meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Berdasarkan penelitian yang dilakukan para ahli kesihatan, ternyata dengan berpuasa sel darah putih meningkat dengan pesat sekali. Penambahan jumlah sel darah putih secara automatik akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Menghambat perkembangan atau pertumbuhan bakteria, virus dan sel cancer. Dalam tubuh manusia terdapat parasit-parasit yang menumpang makan dan minum. Dengan menghentikan kemasukan makanan, maka kuman-kuman penyakit seperti bakteria-bakteria dan sel-sel cancer tidak akan dapat bertahan hidup. Mereka akan keluar melalui cairan tubuh bersama sel-sel yang telah mati dan toksin.

Manfaat puasa yang lain adalah membersihkan tubuh dari racun kotoran dan hampas, mempercepat regenasi kulit, menciptakan keseimbangan elektrolit di dalam perut, memperbaiki fungsi hormon, meningkatkan fungsi organ reproduksi, meremajakan atau mempercepat regenerasi sel-sel tubuh, meningkatkan fungsi fisiologis organ tubuh, dan meningkatkan fungsi susunan saraf.

10. Penuh harapan

Ketika berpuasa, ada sesuatu yang diharap-harapkan. Harapan itu kian besar menjelang petang. Sehari penuh menahan lapar dan dahaga, lalu datang waktu berbuka, wah… rasanya lega sekali. Alhamdulillah. Itulah harapan yang terkabul. Apalagi harapan bertemu Tuhan, masya’ Allah, menjadikan hidup lebih bermakna.

“Setiap orang berpuasa selalu mendapat dua kegembiraan, iaitu tatkala berbuka puasa dan saat bertemu dengan Tuhannya.” (Hadis riwayat Bukhari)

11. Masuk syurga melalui pintu khusus, Rayyaan

“Sesungguhnya di syurga itu ada sebuah pintu yang disebut rayyan yang akan dilalui oleh orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat nanti, tidak diperbolehkan seseorang melaluinya selain mereka. Ketika mereka dipanggil, mereka akan segera bangkit dan masuk semuanya kemudian ditutup.” (Hadis riwayat Bukhari)

12. Minum air telaganya Rasulullah SAW

“Barangsiapa pada bulan Ramadan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, maka itu menjadi keampunan bagi dosa-dosanya, dan mendapat pahala yang sama tanpa sedikit pun mengurangi pahala orang lain.

Mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, tidak setiap kami mempunyai makanan untuk diberikan kepada orang yang berbuka puasa.’

Beliau berkata, ‘Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi buka puasa meski dengan sebutir kurma, seteguk air, atau seteguk susu… Barangsiapa memberi minum orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minum seteguk dari telaga di mana ia tidak akan haus hingga masuk syurga.” (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)

13. Berkumpul dengan sanak keluarga

Pada 1hb Syawal umat Islam merayakan Hari Raya Aidil Fitri. Inilah hari kemenangan setelah berperang melawan hawa nafsu dan syaitan selama sebulan Ramadhan. Ketika itu orang ramai melakukan silaturrahim dan saling memaafkan satu dengan yang lain. Termasuk kerabat-kerabat jauh yang datang berkunjung. Orang-orang yang bekerja di kota pulang untuk merayakannya di kampung bersama kedua orang tuanya. Maka setiap hari raya selalu terjadi pemandangan khas, iaitu orang berduyun-duyun dan berhimpit-himpit menaiki kenderaan mudik ke kampung halaman.

Silaturrahim dan saling memaafkan itu menurut ajaran Islam boleh dilakukan bila-bila saja. Tidak semestinya pada Hari Raya sahaja. Tetapi itu juga tidak dilarang. Justeru itu momentum yang seeloknya. Mungkin, pada hari biasa kita sibuk dengan urusan masing-masing, sehingga tidak sempat lagi menjalin hubungan dengan tetangga dan saudara yang lain.

Padahal silaturrahim itu dianjurkan Islam, sebagaimana dinyatakan hadis, “Siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan tali silaturrahim!” (Hadis riwayat Bukhari)

14. Qaulan tsaqiilaa

Pada malam Ramadhan ditekankan disunnahkan untuk melakukan solat malam dan tadarus al-Qur’an. Waktu paling baik menunaikan solat malam sesungguhnya seperdua atau sepertiga malam terakhir. QS Al Muzzammil: 3

Tetapi demi kesemarakan syiar Islam pada Ramadhan ulama membolehkan melakukan terawih pada awal malam setelah solat isya’ dengan berjamaah di masjid. Solat ini lebih popular disebut solat tarawih.

Solat malam itu merupakan peneguhan jiwa, setelah siangnya sang jiwa dibersihkan dari nafsu-nafsu kotor lainnya. Ditekankan pula selesai solat malam untuk membaca Kitab Suci al-Qur’an secara tartil (memahami maknanya). Dengan membaca Kitab Suci itu seseorang bakal mendapat wawasan-wawasan yang luas dan mendalam, kerana al-Qur’an memang sumber pengetahuan dan ilham.

Dengan keteguhan jiwa dan wawasan yang luas itulah Allah kemudian mengurniakan qaulan tsaqiilaa (perkataan yang berat). Perkataan- perkataan yang berwibawa. Ucapan-ucapannya selalu berisi kebenaran. Maka orang-orang yang suka melakukan sholat malam wajahnya bakal memancarkan kewibawaan.

15. Hartanya disucikan

Setiap Muslim yang mampu pada setiap Ramadhan diwajibkan mengeluarkan zakat. Ada dua zakat, iaitu fitrah dan maal. Zakat fitrah besarnya 2.5 kilogram per orang berupa bahan-bahan makanan pokok. Sedangkan zakat maal besarnya 2.5 persen dari seluruh kekayaannya bila sudah mencapai batas nisab dan waktunya.

Zakat disamping dimaksudkan untuk menolong fakir miskin, juga guna mensucikan hartanya. Harta yang telah disucikan bakal mendatangkan barkah dan menghindarkan pemiliknya dari seksa api neraka. Harta yang barkah akan mendatangkan ketenangan, kedamaian dan kesejahteraan. Sebaliknya, harta yang tidak barkah akan mengundang kekhuatiran dan ketidaksejahteraan.

AMALAN SUNNAH SEMPENA AIDILFITRI

AMALAN SUNNAH SEMPENA AIDILFITRI


(Artikel ini diringkaskan dari buku MENYAMBUT RAMADAN & AIDILFITRI MENURUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. terbitan Karya Bestari)

Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T:

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu.” – Surah al-Maaidah: 3.

Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

• Bertakbir.

Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:

“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.” – Surah al-Baqarah:185.

Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:

“Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini.” – RujukKitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32

Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.

Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri.

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.

• Meneruskan qiamullail.

Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.

• Mandi pada pagi hari raya.

Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:

“Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.” – Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.

• Makan sebelum solat Aidilfitri.

Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:

“Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini.” – Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272.

Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.

Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.

• Memakai pakaian yang indah.

Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:

“Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.” – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.

Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:

“Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan.” – Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.

Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina.” – Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.

Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.

• Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.

Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:

“Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat.” – Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.

Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.

. Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.

Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:

“Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.

Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:

“Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.” – Rujuk Zaadul Ma’ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49.

• Tempat perlaksanaan solat hari raya.

Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:

“Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat).” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:

“Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka.” – Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394.

• Mengerjakan Solat Aidilfitri

Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.

Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata:

“Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah).” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:

“Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar.” – Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.

• Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri

Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:

“Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati.” – Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.

Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:

“Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” – Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.

• Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.

Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.

PENUTUP

Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan hari raya Aidilfitri menurut al-Quran dan sunnah yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya s.a.w.

SELAMAT HARI RAYA DARI PENULIS BLOG,MAAF ZAHIR BATIN …

JENIS TANGISAN


Kata Ibnu Qayyim – 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik – pura-pura menangis.

“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan
orang tertawa dan menangis.”
(AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan
tangis, serta
menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata
telah mengalir di dunia
ini.
Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh
ke bumi. Mata itu
kecil
namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap
hari tanpa putus-putus.
Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak
pernah berhenti?.kalaulah
air
mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ??
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya
meratapi mayat dengan
meraung
dan memukul-mukul dada atau merobek-robek
pakaian.
Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di
tuntut iaitu tangisan
kerana
menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis
kerana takut akan azab dan
siksa Allah..

Tangisan dapat memadamkan api
Neraka “Rasulullah saw bersabda :
Tidaklah
mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah
akan mengharamkan
tubuhnya
dari api neraka. Dan apabila air matanya
mengalir ke pipi maka wajahnya
tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila
seorang daripada suatu
kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati.
Tidaklah ada sesuatupun
yang
tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air
mata. Sesungguhnya air mata
dapat memadamkan lautan api neraka.”

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis
selama 300 tahun tanpa
mendo
nggak ke langit tersangat takut dan hibanya
terhadap dosa yang telah ia
lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air
matanya mengalir di jurang
Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah
menumbuhkan pohon kayu
manis
dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung
telah meminum akan air
mata
Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi
Adam terdengar lalu
menyangka burung itu mempersendakannya lalu
ia memperhebatkan
tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat
Adam dan mewahyukan, “Hai Adam
sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air
lebih lazat daripada air
mata
taubat mu!.”

Air mata yang tiada di tuntut:

Janganlah menangis
kalau tak tercapai
cita-cita bukan kah Tuhan yang telah
menentukannya. Janganlah menangis
nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas
mungkin dia bukanlah jodoh
yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam
peperiksaan mungkin kita kurang
membuat
persediaan .

Jangan menangis kalau wang kita hilang di
jalanan sebab mungkin kita
kurang
bersedekah buat
amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan
pangkat yakin lah, rezki itu
adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan
itu semua buat
bekalan
untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang
telah melanda diri,
segala
dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah
mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima
hidayah dari Allah swt.
Seru
lah air mata itu
dari persembunyiannya di balik kelopak mata
agar ia menitis membasahi
dan
mencuci hati agar ia putih kembali dan juga
semoga ia dapat melebur
dosa2
dan moga-moga akan mendapat ampunanNya
jua.

Junjungan Mulia bersabda “Ada 2 biji mata yang
tak tersentuh api
neraka,
mata yang menangis di waktu malam hari kerana
takut kepada Allah swt
dan 2
biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di
waktu malam.”

“Di antara 7 golongan manusia yang akan
mendapat naungan Allah dihari
qiamat”??seseorang yang berzikir bersendirian
lalu mengenang tentang
kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”

“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana
takut kepada Allah, maka
berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya
dedaunan dari pepohonan
kering.”

Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika
kematiannya &
perhatikanlah
3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah
swt untuk si
mayat.(riwayat
dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada
Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan
taubat kepada Dzat yang
Memiliki
mu.”

PETUA-PETUA KAMPUNG YANG AMAT BAGUS!

PETUA-PETUA KAMPUNG YANG AMAT BAGUS!
CARA  UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang  dari apa yang kita ambil,
tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar  ‘muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini
menyebabkan kadar  metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada
kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun  tahap pengambilan
makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi  metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar  kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah  kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa  pahit
dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim  dan asid HCL. Kekurangan
enzim dan asid HCL di dalam perut boleh  menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR  SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan  membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan  makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti
anda tidak akan makan  dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya  mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan  tubuh.

5. KURANGKAN  PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan  penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam
bermakna badan anda  menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan  air.

6. AMBIL SARAPAN  PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan  sarapan pagi. Menurut satu kajian,
mereka yang tidak mengambil sarapan  pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka
yang  mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan  paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar  kalori.

7. MAKANLAH  DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan  dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara
perlahan-lahan, tubuh  akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH  KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum  menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah
dihadam.

9.    Biar makan kerap dengan  kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi  dengan
kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek  atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-
gula getah.  Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11.  Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti
ais anda.

12. Apabila makan di  restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana  minuman
masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang  gula.

13. Buah-buahan dan  sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral  dan serat dan
kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap  hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika
anda minum banyak, dan waktu itu  anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus  asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah  rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan  lada hitam
bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan  pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih  Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah  sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat
kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari  makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan
dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan  yang memerlukan anda
makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan  boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa  lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda
boleh membuat  atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga  boleh
membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet  anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat  catatan.

18. Tumpukan perhatian  untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih  berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka  menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.  Tukarlah fikiran anda
untuk memikirkan dan memilih  makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk  mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus
memanggang atau  mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit
minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak  haiwan.

20. Ketika memilih piring  makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil  sayuran
dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir,  lauk dagingnya. Jika ingin
tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil.  Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa  lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak
makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk  turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan
membantu  menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda  berjalan satu
kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga.  Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan
santai kerana perut anda baru  saja terisi.

22. Khusus bagi kaum  wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan  memasak.
Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah  perbelanjaan sesuai dengan
keperluan. Jika ingin membeli makanan,  kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda  kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23.  Untuk mengempiskan perut ,  gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan
dapat  dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin  boleh disamakan
dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang  memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana  setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk  langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang  cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii.     Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik  tangga untuk beberapa tingkat,
kemudian sambunglah denagan menaiki  lif
iii.   Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju  dengan nafas yang dalam
iv.   Bersenam atau peregangan, sangat baik  bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan
otot dapat  melancarkan peredaran darah
v.   Tunggang basikal dan kayuh  perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik
dan  merampingkan peha.

PETUA  UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang  Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara  untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang  berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan
berat badan anda.
Caranya:  Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu  perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam  peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas  anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman  ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur  turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk  teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan
limau  nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan  sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam  jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam
jawa akan  mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam  jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda  jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap  hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan  langsing.

29. Nak Turunkan Berat  Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh  Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas  Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi  gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
Ambil 5 halia bara ( Halia  Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga  lumat.
Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu  pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan  buncit

Bagi lelaki yang mengalami masalah  perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan  sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur  dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur  biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang  murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa  gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan  insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang  yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje,  ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat  perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih  menarik.

PETUA  KECANTIKAN WAJAH

34. Menghilangkan Parut  Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu  dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan  jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap  wanita.

35. Menghilangkan Tahi  Lalat
Asalammualaikum, Caranya ialah  ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya  tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri.  Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang  mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!

36. Bibir Merah  Semulajadi
Petua ini saya amalkan sejak 11  tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin  pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

37. Melebatkan Bulu Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening  yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan  cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan  dikening pada setiap malam.

38.   Licin  Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu  pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit  hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang  setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin,  berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

39. Naikkan Seri Wajah/Muka
Setiap kali sebelum anda ingin  mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air  kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu  dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh  muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur  hilang. Amalkanlah selalu…..

40. Mengelak Daripada Lebam di Bawah  Mata
Semasa kita menyapu krim atau  foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna  jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

41. Menghilangkan Lebam Bawah  Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata  anda dengan air sejuk dari peti sejuk.. cuba lah..ianya juga baik untuk  menyegarkan mata.

42. Melicinkan Wajah
Ambil buah  tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi  licin dan halus. selamat mencuba.

43. Memerahkan Bibir Yang Hitam
Bibir yang hitam boleh kembali  bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya  yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu  dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

44.  Menghilangkan Lebam di  Bibir
Untuk menghilangkan atau  mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk  lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda  setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk  melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap  malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.

45. Memerahkan Bibir
Saya ada  masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang  dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir  saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil  masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini  dapat membantu saya sekian,terima kasih

46.  Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan  Bulu Kening
Caranya mudah saja…ambil sebiji  buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi  yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan  bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada  kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan  berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa  saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

47. Naikkan Seri Wajah dan Otak  Bijak
1.   Seri Wajah: Ambil  sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan  pada
tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
2.    Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum  pada setiap pagi
insyaallah mujarab.

48.  Mencantikkan Kulit  Muka
Untuk jadikan kulit muka yang  cantik, mestilah rajin mencuci.
1.   Sapu muka dengan telur  -merah/putih biar hingga kering
2.   Cuci muka dengan air suam dan  sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn
tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak  ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang  kendur.

49. Menyerikan Wajah
Ambil,embun pagi dihujung  rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak  tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga  kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

50. Menghilangkan Hitam di Muka dan  Jerawat
Ambil kayu manis dan dicelup di  dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis  yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah  jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang…tapi kena rajin  mengamalkannya. ..Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

51. Petua Awet Muda
Bangun  pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @  gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap  pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah  kesannya kerana saya telah mencubanya.

52.  Muka Berseri
Bangun pagi, sebelum air menyentuh  mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula  dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali.  Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan  dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan  tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

53.  Sentiasa Muda
Ramai wanita yang ingin nampakmuda  walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila  bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan  selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda

54. Nampak Muda
Untuk  kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah  selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita.  Dan anda juga digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang  menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu sedekah. Selamat  mencuba.

55. Sentiasa Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda  daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang  sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff,  kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan  kelihatan muda daripada umur sebenar anda. Itu je terima kasih.

56. Kulit Sentiasa Tegang
Basuh muka dengan air. Ambil  sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan  letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih  telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering  Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka  nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan  kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah  anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.

57. Muda Jelita Sentiasa
Setiap wanita amat mementingkan  kecantikan dan kesihatan diri. Amalan memakan Ulam-Ulam yang segar dan  Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan  kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar. Ulam – ulaman yang saya maksudkan  ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda  akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan  dalaman anda. Selamat mencuba petua ini.

58.  Wajah Jelita
Semasa berdandan diwaktu pagi baca  selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati  supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini  berkesan dan sampaikan kepada orang lain

59.  Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan  Kening
Ingin kelihatan cantik , Gunakan  Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda.  Insyallah… …lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil  terbaik.

60. Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang  diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama  bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi  putih dan jerawat pun hilang.

61. Menghaluskan Kulit Muka
Petua ini diberikan oleh guru saya  iaitu En. Alias Hamdan. Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda  dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu. Kemudian ada lumurkanlah pada  muka anda.


PETUA  DAN KESIHATAN JANGKA PANJANG

Menurunkan  Darah Tinggi
62. Minumlah air rebusan pokok  Hempedu Bumi Pokok Cerita.
63. Minumlah air rebusan daun Pokok  Ati-ati.
64. Makanlah biji buah Peria.
65. Makanlah pucuk Pokok Pala  sebagai ulam.
66. Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
67. Minum air  rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama  nisbahnya.
68. Rebus daun pandan wangi  secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas   sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
69. Makanlah 3 ulas  bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
70. Parutkan kunyit sebesar ibu  jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan  petang.

71. Juga Untuk Menurunkan Darah  Tinggi
Ambil segenggam daun kucai, basuh  bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu  yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur  dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan kedalam bekas mangkuk  atau cawan, selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum  atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat  3  kali. Amalkan selama tiga hari, selepas itu jumpalah doktor untuk buat  pengesahan. Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.

72. Menghilangkan Kencing Manis
Hari ini ramai dikalangan kita  menghadapi masalah kencing manis tidak kira tua atau muda, lebih-lebih lagi  dengan pemakanan kita pada hari ini yang semuanya manis-manis belaka. Jadi  petua yang saya dapat ini agar dapat kita kongsi bersama-sama. Caranya mudah  sahaja, iaitu dapatkan ubi kentang biasa rebus ( tanpa garam atau bakar  menggunakan ( Oven ) apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan (  sebelum tidur atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi ). Rahsianya  tentang ubi kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin  berlebihan yang ada didalam badan. Contohnya apabila masakan seperti kari anda  terlalu masin, lalu ubi kentang dimasukkan kedalam kari tadi dan hasilnya  segala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut, Dan kalau boleh  petua ini amalkan selama dua atau tiga minggu anda akan dapat perbezaan  sekirannya anda menghadap! i penyakit kencing manis dan orang yang sihat pun  boleh mencuba sebagai pencegahan awal.

73.  Mengurangkan dan Menghilangkan Sakit  Gastrik
Jika anda kerap mengalami masalah  gastrik ( pasti anda tidak mengambil makanan mengikut jadual), amalkan makan  tepat pada masanya, contoh : jika makan tengahari anda pukul 12.00, begitu  juga hendaknya pada hari-hari berikutnya tanpa berlengah. Lama-kelamaan. ..  insyallah gastrik akan hilang… ia daripada pengalaman saya sendiri…kini  gastrik tiada lagi!

74. Tajamkan Penglihatan
Amalkan hidup anda dengan meminum  air suam setiap hari, mandi pada waktu subuh iaitu sewaktu bangun tidur dengan  siramkan air dari hujung kaki hingga kepala. Makanlah buah-buahan seperti  epal, anggur dan lobak putih serta banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan  serba hijau seperti pokok, dan selalu menghadap ke kiblat.

75. Melawaskan Kencing
Untuk melawaskan kencing, ambil  beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong bersama akarnya,  direbus sekali. Selepas air itu menjadi suam, amalkan meminum ayer itu.  InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang,  ia akan memecahkan batu karang tersebut. Sekiranya tidak ada penyakit, ia  mencegah dari mendapat penyakit batu karang.

76.  Menurunkan Darah  Tinggi
Untuk cepat menurunkan darah  tinggi ketika diserang darah tinggi. Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon  pada Allah. Kedua ambil beberapa ulas bawang putih, mesin jadikan jus dan  ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali  sehari, Insyaallah dengan izin Allah, selamat mencuba.

77. Menghilangkan Sakit Kencing  Manis
Jika ada mengalami sakit kencing  manis, sila ambil beberapa helai daun jarak rebus sehingga mendidih dan  bersanguhlah/ bertengkumus ( bertengkumus maksudnya berselubung ) selama  setengah jam, sehingga badan berpeluh pada setiap pagi iaitu sebelum matahari  terbit. ( Semasa bersanguh / bertengkumus atau berselubung mestilah tanpa  memakai baju). Dan amalkanlah selama satu bulan.

Akhir Kemuliaan

Akhir Kemuliaan
Oleh : Dede Farhan Aulawi

Sahabat…
Adakalanya hidup terpaku di persimpangan
Diam tanpa gerak dengan tatap mata yang kosong
Langkah tergontai tak tentu arah
Semua pasrah…pasrah akan kematian yang semakin
mengarah

Rutinitas harian tidak lebih bagai mesin penggerak
raga
Robot – robot tanpa ambisi lalu lalang di setiap pagi
Mereka sibuk…dengan kesibukan yang tak pasti
Mereka lelah…lelah untuk sesuatu yang tak terarah
Jiwa – jiwa yang lelah ini…
….semakin terkulai lemah…
Mereka ingin singgah di singgasana nan damai
Namun tak ada yang mengerti…
….dan tak ada yang mau memahami…
Hidup dipandangnya tidak lebih seperti budak zaman
…yang tunduk…patuh pada kehendak tuan
Mereka ingin bersandar di pundak kepasrahan
Mereka ingin berjalan dengan tongkat penuh
keputusasaan
….tapi tidak ada alternatif lain…
Kecuali berusaha tetap bertahan…

Hampir setiap orang sudah tidak peduli dengan makna
hidupnya
Makna hidup bagi dirinya adalah bagaimana agar tidak
lapar…
Bagaimana agar tidak haus di muara sungai keegaliteran
Pandangannya hanya sebatas hari ini…
Karena esok hari adalah mimpi
Masa depan hanyalah sebutir angan
Akankah hari esok masih ada untuknya…? ??

Sahabat…
Aku di sini menatap setiap langkahnya
Jejak kaki itu nampak semakin jelas di pematang sawah
nan basah
Aku terhenyak… akan setiap jerit tanpa suara
….yang lirih menyisakan isak tangis derita
….dengan nafas tersenggal – senggal
….berusaha menghirup segarnya polutan peradaban
Aku terbelalak atas setiap asa di balik awan jingga
….yang hanya mampu menyuguhkan sensasi penuh
kekejaman
….yang hanya mempertontonkan rasa permusuhan
….yang hanya menampilkan impian – impian
Sementara kita hidup berpijak…
….di antara daratan dan lautan yang terbentang

Aku tafakur….
….tafakur atas setiap langkah yang telah kutempuh
Adakah jalan yang ku lalui ini…
….adalah jalan menuju ridlo Illahi
Ataukah sebatas menghabiskan waktu di usia yang
tersisa ?
Tentu tidak….
Dan di persimpangan ini kita harus putuskan sebuah
sikap
Untuk menjadi umat terbaik…
….yang selalu berpedoman pada keimanan…
Semoga….
….semoga kita bisa menemukan “Akhir Kemuliaan”. Amin