Pengertian Takaful..

PENGENALAN ERTI TAKAFUL

1.1-TAKAFUL ATAU KAFALLA DARI SEGI PENGERTIAN BAHASA IALAH SALING JAMIN MENJAMIN,MENJAGA ATAU MEMELIHARA –IAITU PESERTA YANG MENGAMBIL PERLINDUNGAN TAKAFUL BERNIAT IKHLAS AKAN SALING JAMIN MENJAMIN DIKALANGAN MEREKA UNTUK SALING BANTU MEMBANTU KETIKA DITIMPA MUSIBAH
1.2-TAKAFUL SECARA AMNYA MEMPUNYAI PERSAMAAN DGN INSURANS KONVENSIONAL DIMANA KEDUA-DUANYA MERUPAKAN INSTRUMENT UNTUK MEMBANTU GOLONGAN YG TIDAK BERNASIB BAIK KERANA DITIMPA MUSIBAH.AKAN TETAPI TAKAFUL ADALAH MERUPAKAN INSURANS YANG BERTERASKAN ISLAM DAN DIURUSKAN MENGIKUT HUKUM-HUKUM DAN SYARIAH ISLAM.
.

2)PRINSIP /KONSEP ASAS TAKAFUL

ADA 3 KONSEP ASAS TAKAFUL
2.1-KONSEP PERTAMA –AL QASAMAH
IAITU KES QISAS SEPERTI PEMBUNUHAN YANG TIADA BUKTI YANG NYATA DIMANA DIKEHENDAKI SESEORANG YANG DITUDUH DIKEHENDAKI BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH SEBANYAK 50X ATAU 1X UTK 50 ORANG.
2.2-KONSEP KEDUA-AL AQILAH
IAITU AHLI-AHLI QABILAH ATAU SUKU KAUM ATAU KARIAH AHLI-AHLI MASYARAKAT MEMBANTU AHLI-AHLI YANG DITIMPA MUSIBAH SEPERTI KEMATIAN ATAU PEMBUNUHAN.
2.3-KONSEP KETIGA-TABARRU’ (KONSEP SEBENAR TAKAFUL)
IAITU AHLI-AHLI ATAU PESERTA MEMBUAT DERMA IKHLAS PADA SATU TABUNG DENGAN NIAT UTK SALING BANTU MEMBANTU SESAMA AHLI YANG DIDALAM KESUKARAN ATAU KESUSAHAN.

3) CIRI-CIRI TAKAFUL

3.1-ADALAH BERKONSEPKAN SEPERTI KHAIRAT KEMATIAN YANG ADA DI MESJID-MESJID DAN KARIAH-KARIAH DI KAMPONG-KAMPONG.
3.2-PERBEZAANNYA ANTARA KHAIRAT KEMATIAN IALAH TAKAFUL
DIURUS SECARA PROFESIONAL OLEH PENGURUSAN YANG TERLATIH DAN DIKAWAL OLEH MAJLIS PENGAWASAN SYARIAH DAN KERAJAAN.
3.3-TAKAFUL MENDAPAT PENGIKTIRAFAN DARI JAKIM SERTA HALAL DIMANA SEMUA SIMPANAN DAN PELABURAN DITOLAK ZAKAT.
3.4-TAKAFUL TIDAK MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR GHARAR,RIBA DAN JUDI.

4) ASAS AKAD PERNIAGAAN TAKAFUL

4.1-ASAS TABARRU’-(DERMA IKHLAS BERTUJUAN)
-DERMA/SUMBANGAN IKHLAS BERTUJUAN DIUJUDKAN SUPAYA SETIAP PESERTA YANG INGIN MENYERTAI TAKAFUL MENDERMA/SUMBANGAN SESUAI DENGAN RISIKO YANG DIBAWANYA.
- PENGENDALI AKAN MENETAPKAN KADAR TERTENTU UNTUK MEMBERIKAN KEADILAN KEPADA SEMUA PIHAK.
CTH: PESERTA YANG BERISIKO TINGGI KADARNYA LEBIH TINGGI DARI PESERTA YANG KURANG BERISIKO.

4.2-AL-WAKALAH
-MERUJUK KEPADA PENGGUNAAN WAKIL DIMANA MENURUT SYARAK WAKALAH IALAH PERLANTIKAN SESEORANG UNTUK MEWAKILKAN ATAU MENGURUSKAN SESUATU PERKARA.
-PESERTA AKAN MEMBUAT AKAD BERDASARKAN AKAD WAKALAH MENGIZINKAN PENGENDALI TAKAFUL MELABUR DAN MENJAGA SERTA MENGURUSKAN DANA.

4.3-MUDHARABAH
MUDHARABAH (AMANAH BERKONGSI KEUNTUNGAN) BERMAKSUD PERJANJIAN BERKONTRAK ANTARA PEMBERI MODAL DAN PENGUSAHA UNTUK TUJUAN MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KEDUA-DUA PIHAK BERSETUJU KE ATAS PERATURAN PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN.

5)PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DENGAN INSURANS KONVENSIONAL

5.1-PADA 15 JUN 1972 JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN DLM PERSIDANGAN YG KE 5 TELAH MEMUTUSKAN IAITU INSURANS NYAWA YANG DIJALANKAN OLEH SYARIKAT-SYARIKAT INSURANS KONVENSIONAL ADALAH SUATU MUAMALAH YANG FASIQ(ROSAK DAN TIDAK SAH)YANG BERCANGGAH DENGAN PRINSIP-PRINSIP ISLAM DARI SEGI AKADNYA KERANA MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR GHARAR(KETIDAKPASTIAN),MAISIR (JUDI) DAN RIBA
5.1.1 –AL GHARAR(KETIDAKPASTIAN)

-AL GHARAR IALAH KETIDAKPASTIAN DALAM TRANSAKSI MUAMALAH DIMANA TERDAPAT SESUATU YANG INGIN DISEMBUNYIKAN OLEH SEBELAH PIHAK DAN IANYA BOLEH MENIMBULKAN RASA KETIDAKADILAN SERTA PENGANIAYAAN KEPADA PIHAK YANG LAIN.

-HADITH NABI SAW,MENGATAKAN DARI ALI R.A- RASULLULLAH SAW PERNAH MELARANG JUALBELI ORANG YANG TERPAKSA,JUALBELI GHARAR DAN PENJUALAN BUAH SAMPAI IANYA DICAPAI.(hadith riwayat Abu Daud)

-GHARAR TERDAPAT DALAM KONTRAK INSURANS KERANA IANYA BERDASARKAN KONSEP JUAL-BELI .DIMANA DALAM ISLAM JIKA SESUATU ITU TERLIBAT DENGAN MUAMALAH JUAL BELI MAKA IANYA MESTI MEMENUHI RUKUN DAN SYARAT-SYARAT JUAL BELI IAITU:-
1)PENJUAL DAN PEMBELI
2)AKAD(IJAB DAN QABUL)
3)BARANG(MA’KUD ALAIH)

-ADALAH JELAS DIDALAM KONTRAK INSURANS YANG DIAMALKAN SEKARANG MENGANDUNGI ELEMEN GHARAR KERANA MA’KUD ALAIH (BARANG) TIDAK JELAS DAN IANYA BERKAIT DENGAN:-
1)TIDAK DIKETAHUI DENGAN JELAS SAMA ADA DAPAT ATAU TIDAK BAYARAN YANG DIJANJIKAN.
2)TIDAK DIKETAHUI KADAR BAYARANNYA.
3)TIDAK DIKETAHUI BILA MASANYA.

-MENJADI PERSOALAN IALAH KEWUJUDAN KETIDAKPASTIAN BARANG DALAM KONTRAK INSURANS TERSEBUT KERANA SYARAT BARANG YANG TELAH DITETAPKAN TIDAK DAPAT DIPENUHI.
-BAGI ISLAM SYARAT-SYARAT BAGI SETIAP RUKUN ADALAH PENTING DAN MESTI DIPENUHI.ANTARA SYARAT BARANG YANG MESTI DIPENUHI IALAH :
1) BARANG TERSEBUT MESTI DAPAT DISERAHKAN DALAM MAJLIS AKAD.
2) MASA PENYERAHAN TELAH DITETAPKAN.’
3) BARANG TERSEBUT TELAH DITENTUKAN JENIS DAN KUANTITINYA.
4) TEMPAT UNTUK DISERAHKAN BARANG TELAH DITENTUKAN.
5) BUKAN BARANG YANG MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR NAJIS DAN DILARANG SYARAK.

-KONTRAK INSURANS MENGANDUNGI UNSUR GHARAR KERANA APABILA TIDAK BERLAKU TUNTUTAN ,SATU PIHAK(SYARIKAT INSURANS )AKAN MENDAPAT SEMUA KEUNTUNGAN(PREMIUM) SEMENTARA SATU PIHAK LAGI(PESERTA) TIDAK MENDAPAT SEBARANG KEUNTUNGAN.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: